Nampaknya bahang akibat kekalahan DAP di PRK Teluk Intan masih belum reda.Ini berikutan masih lagi terdapat kenyataan-kenyataan daripada pihak bertanding yang saban waktu berbicara perihal punca kemenangan mahupun kekalahan masing-masing.
Bagi YB Mah Siew Keong yang telah berjaya memenangi hati pengundi di Teluk Intan sekalung tahniah diucapkan dan beliau sendiri sudah pun mengangkat sumpah di Dewan Rakyat baru-baru ini.
DAP pula ternyata begitu kecewa sehingga ada di antara pimpinannya di lihat tidak dapat menerima kenyataan betapa rakyat majoritinya di Teluk Intan menolak mereka.Satu kepastian dan kenyataan yang WAJIB DAP terima.
Barangkali kerana masih lagi ego agaknya setiap kenyataan daripada parti lawan pasti di sanggah bahkan DAP terus mempertahankan keegoan itu walaupun rakyat majoritinya sudah bersuara.
Malahan dengan menjadikan Pilihanraya Kecil Teluk Intan sebagai contoh , DAP masih lagi berbangga dengan sokongan orang Melayu terhadap parti berkenaan dan juga pengundi muda yang dikatakan cenderung memilih parti berkenaan berbanding UMNO dan BN.
Jurucakap DAP , Ong Kian Ming membuat kenyataan berkenaan bagi membidas dakwaan Timbalan Presiden MCA , Wee Kah Siong yang menyifatkan DAP gagal mendapat sokongan orang Melayu pada PRK berkenaan.
Sesuatu yang agak menarik di sini adalah sikap pakar strategi pilihanraya DAP itu sendiri yang begitu emosi apabila mengulas tentang kenyataan yang di buat oleh Wee Kah Siong.
Menurut beliau, jika UMNO begitu hebat menggerakkan pengundi Melayu Teluk Intan, peratus keluar mengundi di kawasan majoriti Melayu tidak akan turun sebanyak 14 peratus.
“Penurunan itu adalah sama dengan peratusan keluar mengundi di kawasan Cina, ujar Kian Ming.
“Ini adalah kerjasama dan sokongan kuat dari PAS yang telah berjaya meningkatkan sokongan Melayu dari 25 peratus kepada 28 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Setelah apa yang berlaku , apa benar pengundi Melayu menjamin kemenangan DAP pada PRU14 nanti ?
Tidak dinafikan bahawa sedikit sebanyak kenyataan Ong Kian Ming itu ada benarnya dan ianya tidak perlu dipertikaikan memandangkan keputusan PRK Teluk Intan hanya di bezakan dengan jumlah majoriti yang kecil iaitu sebanyak 238 undi sahaja.
Dalam hal sebegini dengan jumlah majoriti yang kecil adalah tidak adil untuk satu-satu parti itu mendabik dada menyatakan bahawa parti ini adalah jauh lebih baik daripada parti lawan.
Ini kerana keputusan SPR adalah mengistiharkan pihak yang memiliki jumlah majoriti 238 itu sebagai pememang dan dalam PRK Teluk Intan BN berjaya memiliki jumlah majoriti tersebut.
Tidak ada gunanya Ong Kian Ming mengaku DAP sebagai yang terbaik hanya berdasarkan kepada peratusan pengundian di beberapa kawasan.
Dalam masa yang sama Ong Kian Ming harus bertanya diri sendiri , apakah DAP berjaya mengekalkan undi kaum Cina dan India seperti mana keputusan pada PRU13 yang lalu ?
Sebagai pakar strategi pilihanraya DAP , Ong harus malu dengan diri sendiri apabila GAGAL membawa kemenangan kepada parti sewaktu PRK Teluk Intan baru-baru ini.Malah mungkin apa yang perlu diberikan penekanan oleh DAP pada ketika ini adalah melihat semula amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada Ong Kian Ming selaku pakar strategi pilihanraya parti.
DAP perlu tahu siapa yang GAGAL sebenarnya ?
MMI
No comments:
Post a Comment