Followers

Tuesday, 17 June 2014

Kit Siang Hentam MCA Sebab Takut RAHSIA Sebenar TERBONGKAR !!


Ahli Parlimen Gelang Patah , Lim Kit Siang hari ini tampil dengan kenyataan menyindir Presiden MCA setelah melihat perkembangan terbaru parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang mula kembali bekerjasama dan bersedia untuk meneruskan perjuangan mempertahankan legasi pimpinan sewaktu negara dalam usaha untuk merdeka.

Lim Kit Siang dalam kenyataannya menyifatkan martabat serta maruah Presiden MCA itu sangat rendah kerana terlampau mengejar jawatan Menteri dalam kabinet BN.

“Sampai begini rendah sekali martabat Presiden MCA ke-10? Mengidam kedudukan dalam Kabinet dan langsung melupakan perjuangan Presiden pertamanya?” soal Kit Siang.

Sebelum itu , Presiden MCA Liow Tiong Lai semalam telah melancarkan semula Sekolah Pengajian Politik parti itu dan forum pemikiran Tun Tan Cheng Lock di Wisma MCA.Ianya dilihat banyak pihak sebagai langkah terbaik yang dilakukan oleh MCA pada ketika suasana politik yang tidak menentu kesan daripada gerakan pembangkang yang sering kali menyebarkan dakyah serta menyusun gerakan untuk mengheret rakyat Malaysia supaya melupakan asas kepada pembangunan negara.

Kit Siang dalam pada itu mungkin sedar bahawa sekiranya asas ini dikembalikan dan menjadi agenda utama kepada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional , sudah barang pasti generasi baru hari ini dapat mengenali sejarah yang jelas akan memudaratkan kempen politik DAP dan pembangkang di Malaysia.

Sebagaimana semua pihak sedia maklum , DAP sejak kebelakangan ini merupakan parti paling agresif dalam menjalankan gerakan demi gerakan yang berkisar kepada pertikaian tentang perlembagaan negara memandangkan terdapat usaha daripada banyak pihak kini untuk merealisasikan cadangan melaksankan undang-undang hudud.

Seperti mana yang kita ketahui DAP merupakan parti yang paling terkehadapan menentang sebarang usaha mahupun percubaan bukan sahaja untuk melaksankan undang-undang hudud tetapi juga perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.

Buktinya  , Lim Kit Siang mahu Presiden MCA menolak sebarang cadangan atau usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan juga menolak usaha UMNO yang bersetuju dengan tindakan PAS yang mencadangkan supaya undang-undang hudud diwujudkan di Kelantan.

Oleh sebab itulah Kit Siang begitu beria-ia menyatakan pada 1957, MCA di bawah kepimpinan Cheng Lock bersama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Sambathan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Reid mengatakan walaupun Islam sebagai agama rasmi, namun tidak menghalang warga bukan-Muslim mengamalkan ajarannya.

“Apa yang dilakukan Tiong Lai dan kepimpinan MCA dalam usaha mempertahankan prinsip tanpa kompromi Cheng Lock sewaktu awal kemerdekaan Malaya dan kini Malaysia untuk terus menjadi sebuah negara sekular?” soal Kit Siang.

Berdasarkan kenyataan Kit Siang jelas sekali dapat kita lihat bahawa pemimpin veteran DAP ini begitu bimbang sekali apabila rakan parti dalam BN mula kembali kepada asas perjuangan mereka.Kerana itu DAP hari ini mula menyerang institusi perundangan negara dengan mengaitkan isu negara sekular sebagai salah satu daripada agenda mereka menafikan hak orang Melayu dan Islam.

Kit Siang juga dilihat cuba memesongkan fakta apabila mempertikaikan tindakan kepimpinan MCA dalam usaha mempertahankan prinsip tanpa kompromi Cheng Lock sedangkan hakikat sebenarnya adalah berlakunya satu perjanjian atau persetujuan bersama antara Tun Tan Cheng Lock , Tunku Abdul Rahman, dan Tun Sambathan berkenaan kontrak sosial.

Inilah perkara paling dibimbangi oleh Kit Siang dan DAP kerana kontrak sosial merupakan penamat kepada perjuangan DAP untuk mengaburi serta menghasut rakyat untuk terus menentang kerajaan Barisan Nasional.

Seperkara yang harus diambil kira adalah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu terhadap orang Melayu dan seluruh rakyat di Malaysia selain daripada kedudukan tertinggi agama Islam yang telah termaktub dalam perlembagaan negara Malaysia.

Ini bukan soal gila kuasa tetapi hakikat bahawa kita tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak malahan menjadikan amalan berkongsi kuasa itu sebagai salah satu faktor mewujudkan sebuah negara yang jauh lebih baik dari masa ke semasa.Baca Selanjutnya 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels