Lagi penduduk Pulau Pinang berdemo secara aman pagi tadi nyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap wakil rakyat DAP.Seperti yang MMI pernah sebut sebelum ini Rejim DAP di Pulau Pinang kini bukan sahaja berlaku zalim terhadap orang Melayu tetapi sudah sampai ke tahap bangsa sendiri pun terkena.
Macam biasa selalunya bangsa mereka yang kena ni adalah dikalangan bukan penyokong DAP !
Jom tengok apa sahabat blog GPB cerita ..
Ada wakil rakyat yang menjadi Ketua Menteri pun tak boleh bela ... itu lah yang terjadi kepada penduduk Kg Bagan Ajam , Butterworth di dalam Parlimen Bagan seramai 60 orang telah mengadakan Bantahan Aman terhadap pemaju Tah Wah Group Sdn.Bhd bg menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan DAP .
Turut sama beberapa pemimpin MCA yang kecewa nasib penduduk di situ tak dipedulikan wakil rakyat DAP .
Mereka menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pemaju Tah Wah Group Sdn.Bhd yang mendesak serta mengarahkan penduduk yang masih tinggal di atas tanah tersebut supaya segera berpindah keluar. dengan menawarkan pampasan yang tidak berpatutan
Kemarahan mereka ditujukan terhadap Phee Boon-Poh - ADUN SUNGAI PUYU dan LIM Guan-Eng - Ketua Menteri PP selaku MP BAGAN serta kerajaan DAP yang gagal membela nasib mereka.
Banyak kampung2 Melayu di P.Pinang turut menerima nasib seperti mana kampung Bagan Ajam .
Tetapi lihatlah kaum Cina & India di kampung ini berani bersuara menuntut pampasan yang setimpal sebelum diarahkan berpindah .
GPB harap penduduk Melayu Kg Pokok Asam di Jelutong yang kini berdepan tekanan oleh pemaju agar berani menuntut pampasan setimpal sebelum diarahkan keluar . Kalau pemimpin Melayu PR yang menjadi barua DAP tidak membantu & lepas tangan , gunakan hak anda sepertimana penduduk Kg Bagan Ajam .sumber
No comments:
Post a Comment