Followers

Tuesday 15 July 2014

ABABIL Kini Jadi IGAUAN NGERI Rejim Israel


Insiden pencerobohan secara HARAM Rejim Israel terhadap bumi Palestin sehingga mengakibatkan kematian orang awam yang semakin meningkat kini semakin mendapat perhatian masyarakat dunia.Kita akui siapa Palestin jika dibandingkan dengan Israel , kekuatan tentera dan kelengkapan sahaja jelas berbeza malah ada ketikanya rakyat Palestin hanya menggunakan batu-batuan sahaja sebagai senjata.

Namun sejak beberapa lama dulu konflik di bumi Palestin ini semakin menampakkan perubahan.

Briged Al-Qassam kini bukan sahaja digeruni oleh tentera Israel tetapi turut melakukan perubahan dan kemajuan dalam persenjataan mereka.

Jika sebelum ini kita mendengar bahawa rakyat Israel kini bimbang dengan keupayaan roket "Jaabari" yang mampu melepasi "Iron Dome" yang kini digunakan Israel untuk memintas sebarang roket yang menuju ke negaranya kini Al`Qassam muncul pula dengan pesawat drone kawalan jauh yang diberi nama ABABIL.

Pesawat kecil ini membawa beberapa roket kecil yang mampu dilancarkan secara jarak jauh dan mampu memasuki ruang udara Israel dengan mudah.


Gambar atas menunjukkan keadaan ABABIL di ruang udara dan gambar dibawah pula adalah gambar yang dirakam oleh kamera yang diletakkan di badan pesawat itu sendiri.



MMI sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rakyat Palsetin.Semoga mereka terus tabah dan cekal menghadapi serangan Rejim Israel laknatullah.

MMI 

No comments:

Post a Comment

Labels