Followers

Monday 14 July 2014

ISU Khalid RAFIZI Cari Jalan !!


Calon Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menafikan dirinya terbabit dalam gerakan menghantar sms berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Malah beliau menunding jari bahawa sebaran sms itu dilakukan oleh ‘lawan politik’ mereka yang dipercayai merujuk kepada UMNO.

Rafizi menjelaskan bahawa, dirinya mengambil masa untuk menyemak segala kenyataan dan laporan polis yang dibuat dan hampir kesemuanya dilakukan oleh mereka yang bukan ahli parti itu.

“Ini adalah jalan biasa yang digunakan lawan politik kami, maknanya kalau ada apa-apa isu mereka akan gunakan individu yang tidak dikenali untuk buat laporan polis.. Jadi tidak perlulah saya layan kerana itu adalah permainan biasa lawan politik kami.

“Report itu tidak benar, saya tidak ada hantar sebarang sms…kita ambil masa nak sahkan laporan itu adalah betul datang dari ahli PKR atau tidak,” katanya di dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR , Isnin.

Pada Sabtu lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan Khalid.

Ahli Jawatankuasa Pasmeb Wan Adnan W Ab Rahman berkata beliau menamakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.bnbbc

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels