Gambar atas menceritakan segala-galanya , tidak dapat dipastikan sejauh mana kenyataan itu benar-benar berlaku tetapi secara jujurnya kita harus bimbang dengan generasi hari ini.
Yess Akhirnya Dapat Teruna Dia !!! Satu kenyataan yang cukup memeranjatkan apatah lagi ia melibatkan mereka yang masih mentah yang mungkin lebih melihat kepada keterbukaan sebagai cara dalam menjalani kehidupan.
MMI berani kata hampir 80% anak muda hari ini sudah terlalu jauh terpesong daripada nilai-nilai dan adab yang kita kagumi selama ini.Bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi jika budaya ini berterusan apakah yang bakal berlaku kepada generasi selepas kita ?
Baru semalam MMI berbual dengan seorang anak muda berusia 24 tahun menceritakan betapa beliau bimbang untuk mencari pasangan hidup.Bila disoal kenapa , dengan selamba anak muda itu menjawab ...
Bukan semua yang nampak cantik itu manis dalamnya !
Dan bukan semua yang tampan itu bersih jiwanya !
Dunia hari ini telah menyebabkan anak muda kita hanyut lebih jauh kerana sikap dan kelemahan kita sendiri.
Mereka mungkin mahu bebas tetapi kebebasan itu terlalu menjangkaui batasannya.Akibatnya anak-anak muda kita hari ini sudah hidup seperti mana dunia barat yang mementingkan kepuasan dan nafsu semata-mata.
Tahukah kita setiap pewaris ini jika yang tercemar melebihi yang baik , suatu hari nanti ia akan menjadi virus paling berbahaya.Virus itu bukan sahaja akan merosakkan seluruh bangsa kita tetapi akan menyebabkan generasi itu kucar-kacir seterusnya menyebabkan kita hilang identiti.
Apabila hilang sahaja identiti itu maka masanya akan tiba untuk kita melihat hilangnya MELAYU di DUNIA !
MMI
No comments:
Post a Comment