Followers

Sunday, 6 July 2014

#Pray4Ammar Mangsa Virus JE Di Pulau Pinang


Adik Muhammad Ammar Murqish Bin Zulkifli merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Kampung Selamat yang mengalami masalah demam panas setelah menyertai aktiviti di sekolahnya.Beliau kemudiannya di masukkan ke Hospital Kepala Batas bagi proses rawatan seterusnya mengalami beberapa masalah yang memerlukan ibu dan bapanya membawa adik Ammar ke Hospital Swasta.

Di Hospital Pantai Penang , Ammar di sahkan mengidap jangkitan virus JE setelah beberapa prosedur dijalankan oleh pihak hospital bagi mengetahui punca keadaan Ammar yang agak lemah.



MMI sudah pun bertemu dengan kedua ibu dan bapa adik Ammar bagi mengetahui perkembangan proses rawatannya sebelum ini.Apa yang pasti air mata mengalir sewaktu mereka menceritakan tentang keadaan Ammar membuktikan kepada kita betapa hebatnya perjuangan mereka menempuh tragedi yang mungkin paling buruk dalam sejarah keluarga mereka setakat ini.

Ketabahan itu telah memberikan mereka kekuatan untuk terus berusaha bagi memastikan Ammar kembali sebagai seorang anak dan pelajar seceria dulu.Malah MMI yakin sokongan serta bantuan semua pihak amat-amat diperlukan ketika ini sebagai penyokong ketabahan mereka berdepan dengan situasi begini.

Untuk itu kepada mana-mana pihak yang sudi membantu dan mahu membantu bolehlah menghubungi keluarga terbabit berdasarkan maklumat di bawah.


Keprihatinan anda BUKTI kita SEJIWA !

Artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels