Followers

Thursday 10 July 2014

Apa Kaitan Minah SALEH Ni Dengan Malaysia ??


Tania Rose Billingsley – itulah nama wanita warga New Zealand berusia 21 tahun yang menuduh pegawai diplomat Malaysia. Pegawai waran II Muhammad Rizalman Ismail melakukan serangan dengan niat merogol beliau di rumahnya di Wellington.

Mangsa pada Rabu tampil mendedahkan wajah dan namanya kepada umum dengan muncul dalam satu program bual bicara di sebuah stesen televisyen negara itu.

Identiti pengadu dalam kes-kes seksual di negara itu secara automatik dilindungi di negara itu, lapor sebuah portal berita New Zealand, stuff.com.nz.

“Tetapi di Mahkamah Daerah Wellington hari ini, Hakim Bruce Davidson membenarkan permohonan daripada wanita itu yang diwakili melalui sebuah stesen TV untuk larangan mendedahkan namanya ditarik balik petang ini,” lapor portal itu.

Radio New Zealand juga melaporkan bahawa hakim Davidson berkata, larangan menyiarkan nama mangsa berakhir pada jam 8.30 petang (waktu tempatan) pada Rabu, apabila beliau mengambil bahagian dalam rancangan televisyen berkenaan.

Tania membuat keputusan mendedahkan dirinya kepada umum bagi membincangkan kepincangan dalam cara pihak berkuasa New Zealand menangani kes tersebut dan bagaimana mangsa serangan seksual dilayan.

Wanita itu dengan sukarela memohon dibatalkan segala larangan bagi mendedahkan identitinya supaya beliau boleh berkongsi fikirannya dengan media berkenaan aduan terhadap Rizalman, bekas pembantu pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

“Saya rasa saya ada sesuatu untuk diperkatakan mengenai kes ini.

“Ia berlaku kepada saya dan sepanjang proses ini, terutamanya apabila ia diketahui ramai sekarang, suara saya masih belum didengari, dan sudah tentu saya ada banyak perkara untuk diperkatakan. Saya bukan hanya seorang pemerhati,” katanya dipetik media New Zealand, Rabu.

Dalam kes yang mendapat perhatian antarabangsa itu, Rizalman ditahan pada 9 Mei dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas dakwaan cuba memecah rumah dan cuba melakukan serangan seksual terhadap Tania.

Beliau bagaimanapun belum dibicarakan dan dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei selepas satu perbincangan tidak rasmi pada 12 Mei mengenai status tertuduh serta kekebalan diplomatiknya.

Bercakap mengenai perasaannya apabila mendapat tahu Rizalman dibenarkan pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa New Zealand, Tania berkata sudah tentunya beliau merasa tidak puas hati.

“Sudah tentu saya kecewa dan saya marah kerana, dari awal lagi saya katakan yang saya mahu dia berada di sini dan bertanggungjawab atas apa dilakukannya,” kata Tania.


Malah, Tania dengan berani menyuarakan pandangan bahawa cara Menteri Luar New Zealand, Murray McCully mengendalikan kes yang membabitkan beliau dan bekas pegawai diplomat Malaysia itu amat tidak cekap serta memalukan, dan sehubungan itu McCully sewajarnya meletak jawatan.

Pertikaian isu kekebalan diplomatik itu mencetuskan kemarahan ramai di New Zealand selama lebih sebulan selepas ia dilaporkan 28 Jun lalu.

Larangan mendedahkan identiti Rizalman ditarik balik selepas Fairfaz Media mencabar perkara itu di mahkamah New Zealand, lapor stuff.com.nz.

Manakala di Malaysia, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menubuhkan lembaga sebuah siasatan bagi menyiasat kes itu.

Pada masa sama, MINDEF  dan Kementerian Luar bersetuju menghantar pegawai tentera itu balik ke New Zealand dan membatalkan imuniti diplomatiknya bagi membolehkan beliau berdepan pertuduhan terhadap perlakuan jenayahnya.

Bagaimanapun penghantaran itu akan dilakukan selepas Rizalman yang sedang dianalisa tahap kesihatan mentalnya selesai menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.bnbbc

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels