Followers

Saturday 26 July 2014

Cerita Tentang Timbalan Yang Hadi Awang Tak Tahu !!

 

Hadi Awang sememangnya Presiden PAS tetapi sebagai Presiden tidak semestinya beliau tahu segala gerak geri mana-mana pemimpin yang berada di bawahnya.MMI bukan sengaja mahu mereka-reka cerita tetapi apa yang bakal MMI ceritakan nanti punya kaitan dan seharusnya Hadi Awang atau mungkin sebahagian besar perwakilan yang bertanggungjawab sewaktu muktamar lalu kenal dan bersedia.

Tak perlu MMI sembunyikan lagi kerana ianya berkisar tentang Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS yang seharusnya sehati dan sejiwa dengan pucuk pimpinan tertinggi Hadi Awang.

Namun ada sesuatu yang agak pelik berlaku selang dua tiga hari ini apabila keputusan Anwar Ibrahim untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon bagi menggantikan Khalid Ibrahim di kedudukan Menteri Besar benar-benar mengejutkan MMI.

MMI sebenarnya taklah terkejut dengan pengumuman Anwar berkaitan nama calon tu sebab PKR ni memang dah tau jenis apa .. Tapi isi pengumuman tersebut yang dengan jelas menyatakan bahawa keputusan itu dipersetujui oleh semua pihak dalam Pakatan Haprak sama ada daripada PKR , DAP mahupun PAS.

Hebat bukan ? Semua pihak bersetuju untuk berada di bawah kekuasaan "The White Wish" !! kihkih ..

Namun apa jua pengumuman yang dibuat , keadaan tiba-tiba sedikit berubah ...

Bagaimana keputusan itu boleh dibuat oleh Anwar Ibrahim sedangkan dalam masa yang sama Hadi Awang tidak menyatakan persetujuan malah mengambil pendirian menyokong kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor ?

Hah !! Apa sudah jadi ?? Macam mana Anwar boleh bikin ribut macam ni ?? 

Opssss ampa jangan silap berdasarkan tilikan MMI , Anwar bersalah sikit sangat dalam hal ini memandangkan sewaktu keputusan itu dibuat wakil PAS yang hadir adalah si Mat Sabu yang satu ketika dulu terkenal sebagai peminat JER BONG di Jarak.

Secara mudahnya dalam mesyuarat presiden yang diadakan Hadi Awang tidak hadir dan Mat Sabu jadi orang paling tinggi dalam parti PAS pada ketika itu.Maka seperti biasa Mat Sabu akan hanya mengangguk tanda setuju.

Biasalah sapa tak kenal Mat Sabu , kaki angguk janji tak missed syoru !!

Maka kerana itulah Anwar berani kata semua pihak memberikan sokongan terhadap cadangan beliau.

Soalnya apa yang Mat Sabu buat ? Dia tak bincang dengan Hadi ka ? Timbalan apa kalau bos sendiri pun nak sailang ??
Kenyataan Presiden PAS yang menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sudah pasti mengejutkan Anwar Ibrahim yang meletakkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.Sebelum ni dalam mesyuarat majlis presiden pakatan, hanya Mat Sabu yang hadir dan menyatakan sokongan sedangkan Haji Hadi yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran PAS tidak turut serta dalam perbincangan tersebut.
Kenyataan Haji Hadi nampaknya memberikan impak kepada hajat yang diingini oleh Anwar bagi meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
Hadi pulak mengambil pendekatan untuk berunding dengan ADUN dan EXCO PAS di Selangor yang rupanya juga tidak bersetuju jika Menteri Besar Selangor digantikan dengan Wan Azizah. 
Tu dia !! Ampa nampak dak apa yang si Mat Sabu ni cuba buat ? Ampa nampak dak macam mana dia kena cucuk hidung dengan Anwar ?

Bersetuju tanpa berbincang dengan ketua sendiri sudah cukup untuk MMI katakan bahawa PAS dalam bahaya !

Tunggulah beberapa ketika sahaja lagi sekiranya perkara sebegini tidak dapat diselesaikan nescaya PAS yang kini hilang rentak akan mula hilang maruah pula.

Kepada Hadi dan seluruh perwakilan PAS yang sudah pun membuat keputusan untuk memilih Mat Sabu waktu muktamar dulu , sedaqlah dan terima hakikat keputusan ampa memilih Mat Sabu adalah satu kesilapan paling besar dalam sejarah PAS.

Akhir kata sendiri mau sedaqlah noo ..

MMI

2 comments:

  1. al jub dan mat sabun kan ke sama, dua dua suka bini orang, mat sabu kurang sikit jika di banding dengar nuar sebab nuar lulusan university, mat sabu taraf kolej je,..jadi anwar mesti lebih..apa apa pun kedua duanya merosakkan aqidah melayu, sokong main pondan, suka main bini orang, suka buat maksiat, tapi kerana semangat setia kawan, lebai PAS setuju saja dengan mat sabu, tak kira mat sabu bukan dari kalangan orang berugama..PAS menuju kehanchuran...pileh lagi sabu, mat fuss dan seangkatan dengan nya..

    ReplyDelete
  2. Pecatlah Mat Sabu dari PAS hari ini besoknya Mat Sabu akan menyertai DAP pula.Percayalah.Aku tak pernah menganggap Mat Sabu sebagai org PAS.Mat Sabu sebenar hanya menumpang mencari makan melalui PAS.

    ReplyDelete

Labels