Followers

Wednesday 16 July 2014

DAP Kini Guna PROMOTER Sebab Tak Laku

Gambar Hiasan
Sekali pandang saja sudah tentu kita dapat merasai apa yang sedang berlaku dalam parti DAP kini yang semakin menampakkan perubahan.Malahan perubahan itu sama sekali dilihat paling agresif setelah beberapa lama DAP berkecimpung dalam dunia politik tanahair.

Apa lagi kalau bukan promosi besar-besaran terhadap kemasukan anak-anak Melayu menyertai perjuangan parti yang pernah menyebabkan negara terjerumus ke dalam peristiwa berdarah 13 Mei.

Apa yang pasti akan ada mereka-mereka di luar sana yang tidak senang dengan tulisan MMI kerana kononnya masih lagi mengungkit tentang peristiwa tersebut dan penulisan ini akan dilabel sebagai rasis.

Tak mengapa MMI sekadar mengingatkan , malahan sejarah dunia sekalipun perlu diceritakan dari masa ke semasa walaupun ia sudah menjadi bahan sejarah.

Kenapa ? Kerana sejarah itu mengajar kita untuk lebih bersedia dan beringat !!!

DAP yang terkial-kial sejak menerima kekalahan paling mengaibkan di Teluk Intan kini bukan sahaja dilihat semakin hilang arah tetapi dalam keadaan terdesak sedang berusaha untuk mendapatkan anak-anak Melayu dan pimpinan-pimpinan Melayu supaya menyertai parti paling rasis ini.


Nah kemuculan Dyana Sofya dilihat DAP sebagai sesuatu yang boleh mengubah pandangan masyarakat khususnya orang-orang Melayu untuk memberikan sokongan kepada perjuangan DAP.

Maka diusung dan dicananglah anak-anak Melayu ini sehingga GAGAL di Teluk Intan.Namun semua itu masih belum selesai apabila DAP melihat kehadiran anak Melayu ini punya kredit yang boleh memberikan kelebihan kepada DAP.

Sejak itu muncullah anak-anak Melayu lainnya yang turut sama mahu mengecapi nikmat menjadi selebriti dalam DAP.


Selepas ini mereka-mereka ini pastinya akan digerakkan habis-habisan untuk turun dan berjumpa akar umbi dalam cubaan untuk mendapatkan seramai mungkin anak-anak Melayu bagi mengimbangi kedudukan DAP yang sering melalak kononnya parti tersebut adalah parti MULTIRACIAL.

Apa jua yang dilakukan oleh DAP dan anak-anak Melayu ini sekalipun , rakyat Malaysia harus sedar tentang 2 perkara.

1.Kebanyakkan ahli-ahli DAP yang telah lama berjuang dalam parti sebenarnya kurang senang dengan pendekatan pucuk pimpinan apabila secara prinsipnya pemimpin tertinggi parti tersebut kini sudah pun melacurkan perjuangan parti sendiri.Memberikan tumpuan terhadap undi serta sokongan orang Melayu sehingga membelakangkan pendirian parti sebelumnya dilihat keterlaluan apatah lagi kehadiran Dyana dan beberapa orang Melayu lain yang diangkat sebegitu rupa.

2.Kehadiran Dyana dan Syefura bersama DAP dengan publisiti yang begitu besar sudah cukup untuk membuktikan kepada kita bahawa DAP sedang mempergunakan anak-anak Melayu ini bagi kepentingan politik kroni dan dinasti yang kini wujud dalam DAP.Malahan kehadiran anak-anak Melayu ini tidak ubah seperti mana PROMOTER minuman keras yang menggunakan gadis-gadis cantik termasuk yang berpakaian menjolok mata untuk melariskan minuman tersebut.

Bangun dan sedarlah apa yang sedang dihidangkan kepada kita itu hanyalah luaran seperti mana gadis-gadis montel dipergunakan untuk melariskan jualan arak.Namun hakikatnya arak menjahanamkan kita malah ada yang mati akibat arak.

Begitu jua dengan kehadiran gadis DAP kali ini , mereka mungkin sedang cuba untuk mengkhayalkan kita dengan kecantikan dan wajah seperti Dyana dan Syefura namun hakikatnya mereka tidak punya kualiti untuk menjadi pemimpin kepada bangsa kita BUKTI ! Teluk Intan menjadi saksinya.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels