Di dalam Islam, budaya muzakarah dan berdebat terutama dengan golongan pendakyah agama lain, merupakan antara budaya yang dipupuk subur pada zaman keemasan Islam dari abad ke-3 sehingga abad ke-12. Pada zaman moden ini, nama-nama seperti Allahyarham Ahmad Deedat, Zakir Naik dan beberapa nama lain, walaupun ada disebut-sebut namun impaknya masih kurang memandangkan ia lebih bersifat 'human interest' dan tidak dijadikan budaya.
Antara yang menjadi kekangan adalah LIBERALISME dan bimbangkan kekacauan agama serta perkauman.
Namun pada masa yang sama, kebimbangan tersebut langsung tidak menghalang golongan yang mahu membuktikan yang Islam adalah sebuah agama karut, meneruskan serangan mereka dengan pelbagai cara, termasuklah melakukan fitnah dan memburuk-burukkan keperibadian ikon utama Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ditambah dengan kekurangan ilmu umat Islam sendiri, khususnya sejarah Islam, membuatkan fitnah seperti itu berterusan dan tidak terlawan.
Itulah yang dilakukan oleh DAVID OROK.
DAVID OROK pernah menjadi calon parti STAR pada PRU-13 lalu. Pernah juga memegang jawatan Ketua Pemuda dan Penolong Setiausaha PBS Sulaman, Tuaran sebelum menyertai STAR bersama-sama Dr. Jeffrey Kitingan. Sekarang ini dia adalah Pengerusi NGO Pertubuhan Seni dan Budaya Borneo (PSB Borneo) yang beralamat di Tuaran.
David Orok berusia dalam lingkungan 50-an, dari suku kaum Dusun dan beragama Kristian. Dia bekerja sendiri dan beralamat di Kampung Roun Tuaran. Selain daripada seorang yang dikenali kerana gemar menghina Islam, David Orok juga dikenali dengan vokalnya yang menghentam dasar-dasar kerajaan.
Individu ini sering berdebat berhubung isu agama di dalam Facebooknya. Sebelum menjadi calon STAR, di Facebook, dia sering membanding-bandingkan agama Islam dengan Kristian. Perbandingannya lebih kepada penghinaan ke atas Islam dengan mencipta fitnah serta menutup perkara pokok sebenar.
Namun kali ini, dia sudah tersilap langkah. Cubaannya melakukan provokasi dengan mereka-reka cerita memakan diri. Beberapa laporan polis telah dibuat di Tuaran berhubung fitnah dan penghinaan yang dilakukan oleh David Orok.Baca Seterusnya
Walaupun laporan polis telah dibuat tetapi kesan tindakan David Orok ini membuktikan bahawa pihak bukan Islam kini sudah semakin berani secara terang-terangan menghina agama dan orang Islam.
Soalnya apakah jalan penyelesaian terbaik bagi membendung gejala ini ? Kalau setakat laporan polis sampai mampoih kita asyik dok pantau ja kerja dia !!!!
MMI
No comments:
Post a Comment