Followers

Friday 18 July 2014

ISRAEL Dalang Insiden MH17 Di UKRAINE ?


Masih lagi berkisar tentang insiden pesawat milik Malaysia Airline yang ditembak jatuh di Ukraine.Pelbagai spekulasi timbul sejak berita tersebut tersebar di saluran media.Rata-rata masyarakat dunia terkejut dengan insiden terbabit memandangkan ini merupakan kali kedua pesawat milik MAS terlibat dalam kecelakaan selepas MH370 beberapa bulan yang lalu.

Walaupun kita telah mendapat maklumat yang mengatakan pesawat malang terbabit menjadi mangsa kepada kecelaruan pihak bertelagah di Ukraine ianya masih boleh dipertikaikan.

Sebelum itu terdapat maklumat yang mengatakan puak pemisah di Ukraine telah tersalah menembak pesawat MH17 sedangkan sasaran sebenar adalah pesawat milik Rusia yang membawa Presiden Vladimir Putin.


Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut ? Satu persoalan yang harus di fikirkan !

Sekiranya kawasan terbabit merupakan kawasan konflik , mana mungkin pesawat yang membawa Presiden Rusia Vladimir Putin boleh memilih untuk melaluinya ? Adakah pihak keselamatan , unit perisikan dan tentera Rusia terlalu naif dan bodoh untuk mengambil risiko membawa seorang ketua negaranya melalui kawasan sedemikian ?

Dalam masa yang sama terdapat spekulasi bertiup kencang di media-media sosial yang mengaitkan insiden ini dengan kelantangan kerajaan Malaysia membela rakyat Palestin.

Sekiranya kita melihat kembali kepada konflik di bumi Gaza , hanya Malaysia sahajalah negara Islam yang hari ini tampil dan menyuarakan kebimbangan mereka dengan jelas dan lantang terhadap serangan tidak berperikemanusiaan Rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Malahan kelantangan dan bantuan bertali arus Malaysia bukan hanya bermula hari ini tetapi sejak dahulu lagi.

Disebabkan itu terdapat tindakan pihak-pihak yang tidak senang dengan keadaan ini cuba menggagalkan sebarang usaha daripada Malaysia sama ada untuk memberikan bantuan kemanusiaan , penghantaran bekalan ubat-ubatan dan perubatan kepada rakyat Palestin.

Untuk itu insiden berskala besar perlu dilakukan dan tembakan ke atas pesawat MH17 sebenarnya merupakan satu perancangan yang telah dirancang.

Dengan jumlah kematian yang kini diberitakan mencecah 298 orang termasuk para krew pesawat malang tersebut pihak terbabit menjadikanya sebagai satu amaran kepada kerajaan Malaysia supaya tidak meneruskan niat untuk membantu bumi Palestin.

Tekanan ini dirasakan mampu memberikan impak kepada sebuah negara seperti Malaysia yang sebelum ini turut terlibat dalam insiden kehilangan MH370.

Siapakah mereka yang merancang tindakan sedemikian rupa ? Adakah Israel terlibat dan menjadi dalangnya ? Atau ada pihak lain yang menjadi duri dalam daging sehingga sebuah pesawat yang tidak berdosa menjadi mangsanya ?

Biarpun pelbagai spekulasi kini berlegar-legar di ruang media , kita harus berupaya untuk mentafsir setiap perkara itu di luar dari kotak pemikiran kita yang mungkin kini atau selama ini dijajah oleh media asing.

Al-Fatihah buat mangsa MH17 yang beragama Islam dan Takziah kepada yang bukan Islam .. sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels