Lim Guan Eng selaku Ahli Parlimen dan Ketua Menteri Pulau Pinang sejak ahkir-akhir ini dilihat begitu agresif menyerang kerajaan.Pantang ada sahaja isu beliau pasti mengeluarkan kenyataan seolah-olah hanya DAP sahajalah yang mampu mentadbir negara dengan baik.
Sedangkan hakikat sebenar Guan Eng dan DAP turut gagal mentadbir Pulau Pinang seperti mana yang dijanjikan mereka.
Malah ada ketikanya Guan Eng bersikap "double standard" dengan menutup mata terhadap kegagalan yang berlaku di Pulau Pinang tetapi begitu bersungguh-sungguh menilai serta menyalahkan kerajaan dalam hal-hal yang lain.
Lihat sahaja pelbagai isu yang ketika ini melanda kem pembangkang khususnya yang berlaku di bumi Selangor , Guan Eng langsung tidak bersuara.Insiden virus JE yang baru-baru ini dikesan di Pulau Pinang , kerajaan negeri dibawah pimpinannya masih lagi berdiam diri dan gerak kerja bagi mengatasi permasalahan ini tidaklah segiat seperti mana operasi perobohan gerai-gerai milik orang Melayu.
Malahan isu kebersihan juga tidak ditangani dengan sebaiknya , lihat sahaja keadaan sungai-sungai sekitar Pulau Pinang dan timbunan sampah sarap ianya masih menjadi mimpi ngeri kepada kebanyakkan penduduk di Pulau Pinang.
Kini Guan Eng tampil lagi kononnya menjadi hero kepada ratusan ribu pelajar apabila mendakwa kerajaan BN menjadi penyebab kedudukan Universiti dalam negara ketinggalan di peringkat antarabangsa.
Setiausaha Agung DAP itu hari ini mendakwa kerajaan BN menekan serta serta mengawal dunia akademik sehingga keadaan sedemikian berlaku.Dalam masa yang sama Guan Eng turut mendakwa kerajaan BN memberikan layanan buruk serta melakukan penindasan melampau terhadap mahasiswa dan ahli akademik yang diketahui menyokong Pakatan.
Sebelum ini segelintir mahasiswa dikenakan tindakan disiplin atas pelbagai kesalahan dan antaranya disebabkan berdemontrasi menyokong dasar Pakatan pembangkang.
“Jelas kebebasan akademik tiada dalam kosa kata Kementerian Pendidikan. Akta zalim seperti AUKU dan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 patut dimansuhkan. Kerajaan harus menghentikan intimidasi dan menekan dunia akademik.
“Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja memusnahkan kebebasan akademik, tetapi membantutkan kecemerlangannya.katanya dalam satu kenyataan.
Apakah benar kenyataan Guan Eng tersebut ?
Adakah Guan Eng mahu supaya setiap Universiti di Malaysia dinyahkan daripada sebarang undang-undang yang sebenarnya dijadikan sebagai asas kepada mewujudkan kumpulan pelajar yang benar-benar cemerlang ?
Tindakan Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap kerajaan BN dilihat hanyalah satu lagi tindakan politik berkepentingan memandangkan undang-undang sedia ada itu diwujudkan bagi mengekang para pelajar daripada terlibat secara langsung dengan dakyah politik yang mampu merosakkan masa depan mereka sendiri.
Bagaimana seseorang pelajar itu mampu menjadi cemerlang sekiranya sebahagian daripada masanya dihabiskan melalui berpolitik ?
Adakah ini yang dimahukan oleh Guan Eng ? Baca Selanjutnya
MMI
Sebab Guan Eng tau yang sibuk berpolitik adalah anak anak melayu yang malas belajar..
ReplyDelete