Followers

Saturday, 26 July 2014

Mereka Adalah Yang Paling TERKESAN #MH17 #MH370


Majlis khas bacaan doa antara agama bagi memperingati 298 mangsa tragedi MH17, malam Jumaat di Akademi Penerbangan Malaysia, Kelana Jaya berlangsung dalam linangan air mata.

Sepanjang majlis berlangsung, kelihatan  jemputan tidak dapat menahan sebak dan kesedihan terutama ketika doa dibacakan.

Majlis anjuran MAS turut membabitkan upacara ritual pelbagai keagamaan lain.

Hadir sama di majlis ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Selain itu, ia turut dihadiri beberapa ahli keluarga mangsa, kakitangan MAS, wakil-wakil kedutaan negara yang terlibat dalam kejadian itu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk mangsa dan krew MH17 yang beragama Islam, disusuli doa serta ritual untuk penganut agama Kristian, Sikh, Buddha, Tao dan Hindu.

Turut dilihat tidak dapat menahan perasaan ialah sekumpulan krew MAS yang mengalirkan air mata apabila gambar mangsa yang terkorban ditunjukkan di skrin sebelum majlis dimulakan.

Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu, dipercayai ditembak jatuh.

Seramai 298 mangsa terkorban dalam kejadian itu dengan 43 daripadanya terdiri daripada rakyat Malaysia.

Dikesempatan ini MMI ingin mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan kepada semua kakitangan MAS anda semua adalah yang terbaik namun kita harus belajar menerima ketentuan tuhan bahawa kematian dan kehilangan itu akan hadir kepada setiap dari kita.

Kesedihan adalah lumrah kepada manusia cuma kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan dan perjalanan kita.Percayaah destinasi kita masih jauh...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels