Followers

Tuesday 8 July 2014

Perang Saudara Lemahkan PKR Selangor


Kemelut politik negeri Selangor kini semakin meruncing akibat daripada sikap pimpinan dalam PKR yang dilihat banyak pihak sebagai rakus dan terlalu taksub dengan jawatan hinggakan sanggup menghentam sesama sendiri.

Walaupun ia bukan perkara baru namun bahang kesan daripada kemelut tersebut semakin dirasai dan sudah pasti kerja-kerja untuk rakyat sedikit sebanyak terjejas ekoran daripada desakan demi desakan yang akhirnya mampu menyebabkan kerajaan negeri hilang fokus.

Usaha untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebenarnya telah dirancang sebelum "Langkah Kajang" lagi.Semua pihak tahu bahawa Rafizi Ramli antara yang terlibat dalam merancang langkah kajang sehingga berlakunya proses pilihanraya kecil melibatkan calon Wan Azizah Ismail memandangkan perancangan awal untuk membawa masuk Anwar Ibrahim gagal akibat kes mahkawah.

Kewujudan kem-kem dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor ternyata menjadi titik tolak kepada berlakunya perang saudara melibatkan pimpinan dalam Pakatan Rakyat Selangor sendiri.Pelbagai usaha dilakukan bagi memberikan tekanan terhadap Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatannya namun Khalid masih bertahan termasuklah menggunakan isu kekalahan Khalid dalam pemilihan parti.

Setelah tidak berjaya mendesak Khalid melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor melalui proses pemilihan ketua cabang , musuh beliau di dalam PKR mula menggunakan taktik sebaran sms palsu bagi mendesak Khalid meletakkan jawatannya.

Sms palsu yang tersebar sejak semalam itu menyatakan Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat perletakan dalam tempoh terdekat.

Dalam masa yang sama sebelum ini ramai pemimpin kanan dalam PKR dengan lantang mendesak Khalid melepaskan jawatan antaranya termasuklah Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar dan Rafizi Ramli.

Soalnya mengapa baru kini mereka bersuara ? Bukankah pemilihan Khalid itu telah dipersetujui oleh semua pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini ? Justeru itu sejauh mana kuasa yang dimiliki oleh pemimpin PKR untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan sedangkan masih terdapat pihak lain khususnya DAP dan PAS yang turut punya hak dan kuasa untuk mempertahankan Khalid ?

Mungkin secara tidak langsung Shamsul Iskandar dilihat antara pemimpin muda yang lantang dalam perjuangan politik PKR manakala Rafizi Ramli pula merupakan seorang Pengarah Strategik parti yang hebat tetapi secara moralnya kedua-duanya sudah pun dimalukan oleh Khalid Ibrahim berikutan kedudukan Menteri Besar bukanlah semudah perletakan jawatan Adun Kajang seperti mana yang dirancang sebelum ini.

Walaupun perang saudara itu masih berlaku , kedudukan Khalid masih sebagai Menteri Besar dan beliau sudah pun membuat penafian bahawa berita yang mengatakan beliau melepaskan jawatannya sebagai PALSU.

Manakala musuh politiknya pula sudah pasti akan mencari kaedah lain bagi memastikan impian rakus penuh bernafsu mereka berjaya.

Itulah politik PKR dan Pakatan Rakyat , tidak pernah lena tidurnya kerana sering kali bermimpi kononnya kerusi empuk itu adalah milik mereka sedangkan hakikatnya ia milik mereka yang benar-benar layak.

Apa jua yang berlaku di bumi Selangor , ia membuktikan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah Khalid Ibrahim sememangnya bermasalah ! sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels