Followers

Wednesday 23 July 2014

WASATIYYAH Malaysia Berjaya Tangani Insiden MH17 Dengan Baik


Menuding jari dan mencari kesalahan orang lain sememangnya lebih mudah daripada menunaikan tanggungjawab serta amanah daripada rakyat.Tidak dapat tidak , rasanya setiap kelemahan itu sememangnya menjadi fitrah seorang manusia namun kelemahan selalunya punya peluang untuk diperbetulkan.

Mungkin ada diantara kita yang masih lagi menuding jari kepada pihak kerajaan kononnya kerana amalan rasuah dan sebagainya menjadi penyebab kepada berlakunya insiden kehilangan MH370 yang sehingga kini masih menjadi misteri.

Namun kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib dilihat tidak pernah menjadikan pelbagai tuduhan serta cacian sebegitu sebagai penyebab untuk mereka mengambil sikap sambil lewa untuk menangani insiden kehilangan MH370.

Bagi MMI segala-galanya kini dapat dinilai dan diadili dengan seadil-adilnya apabila insiden MH17 berlaku.

Kejayaan Malaysia menangani isu nahas pesawat MH17 di timur Ukraine membuktikan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diterima masyarakat dunia.

Presiden Yayasan Media Malaysia (myMedia), Dzulkarnain Taib berkata keupayaan Perdana Menteri berunding dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi pesawat itu terhempas dicapai melebihi kemampuan negara-negara besar yang gagal melaksanakannya.

“Kita lihat mangsa nahas MH17 ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat Belanda namun negara Kesatuan Eropah ini dan Amerika Syarikat pun tidak mencapai kejayaan.

“MyMedia mengucapkan tahniah kepada kejayaan Malaysia ini bagi merungkai permasalahan MH17 dalam isu mendapatkan kotak hitam dan pengurusan mayat untuk dibawa pulang ke Malaysia,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Dzulkarnain berkata, konsep Wasatiyyah tidak boleh dipandang enteng kerana sudah terbukti keberkesanannya untuk memujuk ketua puak pemisah Ukraine Alexander Borodai itu bagi membawa pulang mayat warganegara Malaysia dan mendapat hak penjagaan kotak hitam pesawat.

Katanya, malahan The New York Times turut memuji Malaysia berikutan kejayaan mendapatkan persetujuan daripada Alexander Borodai itu.

Sehubungan itu, Dzulkarnain mencadangkan supaya Malaysia mengorak langkah yang lebih jauh selepas ini dengan menjadi pendamai kepada konflik yang berlaku antara Ukraine dengan Russia.

“Sekiranya Perdana Menteri berjaya memujuk puak pemberontak pro-Russia ini sudah tentu boleh juga meyakinkan pihak satu lagi. Cukuplah Malaysia menjadi mangsa yang tidak kena-mengena dalam konflik ini.

“Dunia perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini dan kalau tidak tentu akan memberi tempias kerana orang awam tidak kena-mengena langsung dalam konflik antara puak Ukraine mahupun Russia ini,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu memainkan peranan menyatukan puak Ukraine dan Russia seperti mana kejayaan kerajaan negara ini membawa kedamaian kepada Bangsamoro di selatan Filipina.

Pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 itu yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia pada Khamis lepas.

Pesawat itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal dan ia dipercayai ditembak jatuh.bnbbc

Lihatlah bagaimana Malaysia mendepani musibah MH17 , segalanya dapat dilakukan dengan baik kerana sikap kita yang mementingkan kesederhanaan mendapat kerjasama yang baik dari pihak dan negara lain.

Perlu diingat insiden MH370 dan MH17 adalah insiden yang berlainan.Dalam MH17 kita dapat mengesan dan menemui kedudukan pesawat terbabit seterusnya memudahkan kerja-kerja selanjutnya.Namun berbeza dengan MH370 yang hilang secara tiba-tiba dan keadaan bukan sahaja sukar tetapi dengan kerjasama kebanyakkan negara-negara didunia pun kita masih gagal menemui jawapannya.

Apa pun Malaysia sudah membuktikan kita sentiasa peka dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

SYABAS Malaysia ! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels