Followers

Saturday 16 August 2014

Apa Hukum Langgar Bai'Ah ?? Mat Sabu Tolong Jawab Sat !!!


Kehadiran dua Adun Pas dalam sidang media yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor dianggap melanggar baiah parti itu.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali berkata, Hasnul Baharuddin (Adun Morib) dan Saari Sungib (Hulu Klang) menyokong Dr Wan Azizah menunjukkan mereka membelakangi Pas dan melanggar prinsip serta peraturan baiah parti itu.

“Bagaimanapun, sokongan mereka itu harus dizahirkan dalam bentuk tulisan mahupun lisan yang mengesahkan kehadiran itu sebagai tanda sokongan atau sekadar memenuhi jemputan rakan PR. Perkara ini menimbulkan keraguan.

“Sekiranya benar mereka menyokong Dr Wan Azizah yang sebelum ini tidak diterima Majlis Syura, tidak mustahil kedua-dua Adun Pas ini bakal berdepan Jawatankuasa Disiplin parti itu,” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.

Beliau, yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, kedua-dua Adun Pas itu telah 'dicuri' dari parti mereka sebelum mesyuarat 17 Ogos ini bagi membuktikan Dr Wan Azizah mendapat majoriti.

“Pimpinan tertinggi Pas juga sebelum ini menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan (Tan Sri) Abdul Khalid (Ibrahim) terus mentadbir Selangor adalah pendapat peribadi beliau sahaja.

“Dalam organisasi Islam tidak sepatutnya ada pakatan yang menzahirkan di khalayak kenyataan seumpama itu kepada presiden,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga mahu Selangor diterajui Abdul Khalid.

Sementara itu, Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, memuji langkah bijaksana yang dipilih Sultan Selangor mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar secara tertib mengikut lunas undang-undang demi kesejahteraan rakyat.

“Kita lihat betapa tenteramnya Abdul Khalid berdepan asakan bertubi-tubi sepanjang dua bulan ini. Kredibiliti dan integriti ini diperlukan untuk mentadbir negeri,” katanya.

Beliau berkata, Pas tidak perlu gentar sekiranya keluar atau masih bersama PR untuk berdepan pilihan raya negeri kerana parti itu dilihat teguh dan memegang prinsip mereka.

“Kekuatan Pas akan bertambah melalui pegangan prinsip istiqamah dan ini bakal menarik minat pengundi.

“Pas dalam apa bentuk sekali pun, sama ada bersendirian atau bersama PR, yakin dapat mengekalkan bahkan menambah kerusi Dun,” katanya.sinar online

MMI yakin ramai kat luaq sana nak tau juga apa hukum bila langgaq bai'ah ni ?? Mat Sabu ang jawab sat aih !!!

MMI

2 comments:

  1. Situasinya:

    Jika Mesyuarat PAS 17hb sokong Pakatan - tidak ada apa2 tindakan akan di ambil ke atas 2 adun tersebut kecuali dr zuhdi dan Ketua Pemuda PAS Tertengganu.

    Di zaman canggeh ni bai'ah boleh dibayar denda ?!!

    Kalau yang makan babi dan berzina pun depa angkat pemimpin agung..apalah hal baiaah yang kecik ni..

    ReplyDelete
  2. Tanya Mat Sabu 121 tu buat apa??? Dia okay saja, yang kena cerai bini ana bukan nya ana. 1 pergi, 4 lagi boleh isi maca....haiiii Norma, apa nak buat....kena cari Norma muda yang lain pulak lah lepas ni.....kahkahkahkah

    ReplyDelete

Labels