Followers

Monday 4 August 2014

GUAN ENG Kata Sapa Tak Sokong AZIZAH Ketinggalan ZAMAN Hiarghh Tuihhh


Berikutan kekalutan politik Selangor melibatkan kedudukan Menteri Besar yang kini begitu hebat diperdebatkan , Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang kini buka mulut.

Beliau yang sebelum ini diketahui punya hubungan yang cukup akrab dengan Anwar Ibrahim seperti sudah dijangka menyatakan sokongan tidak berbelah bahaginya terhadap cadangan Anwar untuk meletakkan Wan Azizah Adun Kajang sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Sambil menyifatkan tiada salahnya jika wanita menjadi Menteri Besar , Guan Eng juga menempelak pihak-pihak yang mendakwa wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar di dalam Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menyifatkan sesiapa yang tidak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor , merupakan orang-orang yang ketinggalan zaman.

Dalam pada itu beliau berkata parti yang menganggotai Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 10 Ogos dan antara agenda utamanya ialah membincangkan sama ada wanita boleh menjadi Menteri Besar. 

"Dalam mesyuarat Pakatan itu nanti, kami perlu atasi halangan pertama dengan meminta semua pemimpin daripada PKR, DAP dan PAS menyatakan bahawa mereka tidak membantah wanita menyandang jawatan Menteri Besar.

"Kami perlu buat pendirian itu untuk membuktikan kami bersifat inklusif dan menyokong kepelbagaian," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Untuk rekod bulan lepas , Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengisytiharkan secara terbuka beliau menyokong Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor, walaupun Anwar mengumumkan bahawa Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah.

Keliru , tiada kesefahaman , celaru , caca-merba antara perkara yang rasanya cukup sesuai sekali disamakan dengan keadaan politik dalam Pakatan Rakyat khususnya di Selangor pada ketika ini.Ianya bukan sahaja telah membuka mata rakyat untuk melihat siapa Pakatan Rakyat tetapi menjadi ruang untuk menilai serta mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Tindakan Guan Eng yang memberikan sokongan terhadap Wan Azizah dilihat sebagai satu usaha menyokong Anwar Ibrahim yang berkemungkinan besar akan dipenjarakan selepas ini atas kesalahan meliwat.

DAP dan semua parti dalam Pakatan Rakyat tahu tentang keadaan ini dan kerana itu barangkali mana-mana pihak yang dilihat tidak lagi mesra kepada Pakatan Rakyat atau Anwar Ibrahim perlu segera dinyahkan daripada mana-mana kedudukan yang boleh membantutkan segala perancangan selepas ini.sumber 

Jika Khalid menyerah tanpa mempertahankan dirinya bererti Khalid sudah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat Selangor yang telah memberikan amanah itu kepada beliau.Jika Khalid melawan cadangan rakus Anwar Ibrahim maka tidak akan ada lagi jalan buat Khalid dalam dunia politik PKR.

So apa jadi pun pengakhirannya Jijah bakal jadi MB Selangor sebab tu Guan Eng awal-awal dah bagi sokongan.

Melainkan jika Khalid benar-benar anak jantan BUBAR Dun !!

Hmm berani ka dia ??

MMI

1 comment:

  1. Sebenarnya LGE tu perli ANUAR ,yang betul nya siapa yang sokong WAN jijah tu yg ketinggalan zaman

    ReplyDelete

Labels