Followers

Thursday 28 August 2014

Ini SELANGOR KETUM Yang PUNYA !!!


Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR dan ia seharusnya diperakui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau mengeaskan bahawa parti lain didalam Pakatan Rakyat harus menghormati hak PKR didalam isu jawatan Menteri Besar.

Sebelum itu kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor belum menampakkan sebarang tanda-tanda akan selesai apabila DYMM Sultan Selangor masih belum mengumumkan siapa yang baginda perkenankan.

Malah baru-baru ini baginda telah bertitah supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat menyediakan 2 nama calon masing-masing selain daripada Wan Azizah untuk dipertimbangkan oleh DYMM Sultan Selangor sebelum memperkenankan salah seorang daripada mereka menggantikan Khalid Ibrahim yang sudah pun memohon perkenaan Sultan untuk melepaskan jawatannya.

Walau bagaimanapun Khalid telah diperintahkan untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar sehingga Menteri Besar yang baru dilantik.

Serentak dengan itu PKR dan DAP dalam satu keputusan bersama yang dicapai baru-baru ini tetap dengan pendirian mereka untuk hanya mencalonkan Wan Azizah sebagai calon menggantikan Khalid Ibrahim walaupun keputusan itu dilihat banyak pihak sebagai satu penderhakaan terhadap titah DYMM Sultan Selangor.

Namun tindakan parti PAS yang dilihat tidak konsisten sejak krisis di Selangor bermula mendatangkan masalah kepada Anwar Ibrahim.

PAS bukan sahaja memperlihatkan sikap kurang selesa dengan keputusan Anwar dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat tetapi turut sama mengambil pendirian berbeza dan ada ketikanya keputusan daripada PAS cukup mengelirukan.

Sehinggalah PAS membuat keputusan semula dengan menyerahkan kepada kuasa DYMM Sultan Selangor dan akan mencadangkan lebih daripada 1 nama kepada baginda Sultan untuk dipertimbangkang sebagai calon menggantikan Khalid Ibrahim.

Barangkali kerana itulah maka Anwar Ibrahim dalam kenyataannya secara langsung menyebut bahawa kerusi Menteri Besar Selangor hanya menjadi milik PKR sahaja.

"Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat Pakatan Rakyat," katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang PAS akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos," katanya.sumber 

Sebenarnya tak ada siapa pun nak kisahkan atau pertikaikan kedudukan Selangor tu milik siapa sebab keputusan PRU13 yang lalu sudah terbukti Pakatan Haprak punya mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Soalnya apabila banyak pihak tak mau Wan Azizah so yang dok kelupoq juga tu kenapa ?? Bagi jalah nama lain rasanya malam ni juga selesai !! 

KETUM !! KETUM !!

MMI

1 comment:

  1. Bagi penampaq Jopun saja kat KetUm Peliwat ni. Biaq sampai bisu pun tak apa. Aman sikit bumi Selangor ni nanti....

    ReplyDelete

Labels