Followers

Thursday, 7 August 2014

Lim Kit Siang DEMAM ?!!!


Sejak semalam tekak kurang selesa dan badan sakit-sakit mengakibatkan MMI demam.Bila demam maka sudah pasti kita sedikit kurang selesa dan penangan ubat dari klinik menyebabkan seharian MMI direhatkan oleh ubat-ubat bertaraf pelali.Alhamdulillah petang ni rasanya dah ok sikit dan seperti biasa kembali ke meja menulis untuk terus menulis.

Buka-buka ja gajet-gajet yang dipadamkan buat sementara waktu , MMI dimaklumkan yang Lim Kit Siang juga rupanya demam.Ish sama-sama demam ni , dah ambil ubat ka dia ? Terfikir juga MMI maklumlah orang politik ni kadang-kadang masa bukan cukup asyik habiskan dekat politik ja 24 jam.

Apa pun ampa jangan silap demam MMI kerana keletihan dan serangan virus yang boleh diubati menggunakan ubat-ubatan daripada klinik tetapi demam Kit Siang hanya boleh diubatkan melalui POLITIK juga.

Selidik punya selidik huh tahulah MMI demam KO RHA yang kini menghantui Kit Siang adalah kerana kemelut politik di bumi Selangor.Kenyataan daripada pimpinan PAS termasuk Nik Aziz dan Majlis Syura PAS yang mahukan supaya Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor seolah-olah menghiris-hiris jantung Kit Siang.

Pedihnya bukan kepalang habis segala sendi berdenyut-denyut dan kerana itu Kit Siang demam ! DEMAM kerana beliau tahu jika musibah yang sedang berlaku dalam Pakatan Haprak hari ini tidak diselesaikan dengan semua pihak bersetuju atas satu keputusan maka Pakatan Haprak bakal runtuh menjadi abu.

Segala perancangan dan impian dinastinya selama ini akan musnah , malah Kit Siang tahu untuk dinastinya kembali menjadi yang terbaik dan disembah oleh konco-konco dari PAS dan PKR memerlukan tempoh masa berdekad-dekad lamanya.


10 Haribulan Ogos 2014 merupakan D-Day Pakatan Haprak dan bukannya D-Day Khalid !

Kalau difahami betul-betul maksud ayat tersebut kita sudah dapat mengangak bahawa perkataan PENENTU yang digunakan oleh Kit Siang amat besar maknanya.

Merujuk kepada ulasan Kit Siang sendiri dalam blognya beliau dengan jelas mengakui bahawa krisis yang sedang berlaku di Selangor hasil daripada titik peluh dan perbuatan puak pembangkang sendiri bakal mengundang musibah yang jauh lebih besar daripada sekarang.
Perkembangan sepanjang dua minggu lalu mengenai isu Menteri Besar Selangor selepas mesyuarat Majlis Pimpinan pada 23 Julai telah melemahkan keyakinan rakyat terhadap kesatuan tujuan, perpaduan dan masa depan Pakatan Rakyat sebagai alternatif yang memberi saingan terhadap Umno-Barisan Nasional demi membawa perubahan politik seperti yang diharapkan oleh rakyat Malaysia, seperti yang ditunjukkan melalui keputusan Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei tahun lalu, dengan lebih 52 peratus undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berdepan krisis terburuk sejak ia dibentuk selepas PRU ke-12 pada April 2008.
Mampukah Pakatan Rakyat  di saat krisis keyakinan yang paling dahsyat?
Kit Siang sebenarnya amat bimbang dengan setiap insiden seperti ini kerana beliau tahu kesannya kepada Pakatan Haprak.Malah dalam isu perbalahan hudud di antara DAP dan PAS sebelum ini pun Kit Siang turut menyatakan keyakinan Pakatan Haprak boleh berpecah sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.Baca Sini  

Kini keadaan lebih parah apabila usaha untuk mengganggu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar yang mendapat sokongan parti dan pemimpin PAS seolah-olah menyemarakkan lagi api yang sebelum ini baru menyala.

Kit Siang tahu jika api itu membesar maka jawapannya Pakatan Haprak bakal jadi ABU !

Namun MMI nak ingatkan juga kepada semua dalam keadaan seperti ini , puak-puak seperti DAP dan PKR juga masih punya mereka-mereka yang kepala otaknya bergeliga dengan segala muslihat.

Kalau ampa membaca kenyataan penuh di blog Kit Siang , ampa akan nampak apa yang MMI maksudkan musibat veteran ini bukan sahaja melahirkan kebimbangannya tetapi turut menggunakan akal untuk mendapatkan simpati rakyat terhadap apa jua yang berlaku di bumi Selangor.

Malah MMI tak akan hairan kalau dalam sehari dua ini muncul berita segala benda yang berlaku di Selangor khususnya insiden Menteri Besar ini akan dituding kepada UMNO dan BN.

Hati-hati dengan puak-puak macam ni gang !!!

MMI 

No comments:

Post a Comment

Labels