Followers

Saturday 2 August 2014

Lokasi Nahas MH17 DiPenuhi PERIUK API


Ukraine mendakwa kawasan di sekitar lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 dipenuhi periuk api yang dipasang kumpulan pemberontak pro-Rusia bagi menyukarkan pasukan penyiasat antarabangsa menjalankan tugas.

Jurucakap tentera Ukraine, Andriy Lysenko berkata, perkara itu disahkan Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine.

"Mereka (pemberontak pro-Rusia) dilaporkan memenuhi lokasi itu dengan periuk api. Adalah mustahil untuk pasukan penyiasat antarabangsa melakukan kerja mereka di kawasan berkenaan," katanya. - Agensi

Makin aneh insiden ni kenapa boleh sampai ada periuk api pula ? Di pasang untuk apa ? 

Sementara itu data yang diperoleh daripada kotak hitam MH17 yang terhempas baru-baru ini menunjukkan kapal terbang itu telah ditembak jatuh sehingga menyebabkan berlakunya letupan besar.

Melalui laporan sebuah portal hari ini, kenyataan tersebut didakwa didedahkan oleh jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Ukraine, Andriv Lysenko.

Bagaimanapun pihak berkuasa Eropah yang turut menganalisa data dan maklumat yang terdapat dalam kotak hitam terbabit masih belum membuat sebarang pendedahan setakat ini.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk bayi telah disahkan ditembak jatuh pada 17 Julai lalu pada ketinggian 33,000 kaki di udara.

Nahas tersebut telah mengorbankan kesemua nyawa penumpang dan anak kapalnya.

Dalam pada itu, Malaysia kini sedang mengadakan usaha rundingan bagi menggesa Belanda untuk mempercepatkan proses mengecam dan bedah siasat ke atas mangsa bagi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin.

Data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat pesawat tersebut direka dan dipasarkan pada pertengahan tahun 1990-an dan ia mungkin akan menyukarkan pasukan penyiasat untuk memperoleh data jelas dan lengkap.

Pula dah !! MMI doakan semoga semua usaha Malaysia dipermudahkan oleh Allah SWT .. Takziah buat semua keluarga mangsa.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels