Lim Guan Eng dengan penuh 'Islamik' memberitahu, kalau kasino pun tidak dibenarkan buka di Pulau Pinang, walaupun pada masa yang sama, kasino-kasino serta pusat-pusat perjudian haram boleh ditemui dengan mudah, apatah lagi pesta bogel di negeri tersebut.
Betullah apa yang dikatakannya itu.
Malah kalau ditanya kepada Nazri Aziz, Menteri Pelancongan itu pun, pasti kata-kata Guan Eng akan dibelanya dengan penuh bersemangat. Malah kalau ada sesiapa yang meragui atau menyanggah kenyataan Guan Eng, Nazri Aziz juga tidak akan teragak-agak akan menyerang dan marah sepertimana yang dilakukannya terhadap Pemuda MCA yang mengkritik kenyataannya tentang pelancongan di Pulau Pinang.
Jadi, bab itu tidaklah boleh dipersoalkan. Menteri lebih tahu dan orang awam tidak boleh pertikaikan kemahatahuan menteri itu!!!
Isu panas sejak siang tadi adalah aksi sukan rakyat di Teluk Kampi yang kesemua pesertanya adalah orang-orang dewasa yang suka bertelanjang bulat.Baca Sini
Ketua Menteri pun dah keluar kenyataan tak tahu menahu ...
Nah kini aksi seumpama itu bakal muncul lagi dan pendedahan yang dibuat oleh blogger Flying Kick benar-benar mengejutkan MMI sebab bukan setakat orang dewasa ni tapi melibatkan model-model antarangsa pula.
Huh hebat Pulau Pinang sekarang !!! Ampa baca SINI
MMI
No comments:
Post a Comment