Bagi MMI dalam pasukan pembangkang yang kini sedang bergolak teruk disebabkan peperangan saudara yang berlaku dalam Pakatan Haprak , hanya Nasruddin sahaja yang dilihat benar-benar kedepan membawa bersamanya sedikit saki baki asas dan prinsip perjuangan sebenar PAS.
Walaupun secara peribadi Nasruddin bukanlah pemimpin PAS yang menjadi favourite seperti mana MMI menghormati Datuk Harun Din dan beberapa orang lagi , tindakannya menyuarakan rasa dan tanggungjawab menegur dalam Pakatan Haprak dalam isu kali ini boleh diterima.
Malahan sikap Guan Eng dan seluruh jentera Pakatan Haprak mempersoalkan tentang kelulusan Khalid Ibrahim terhadap projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dilihat sebagai satu tindakan politik semata-mata.
Penentangan puak-puak pembangkang terhadap usaha Khalid Ibrahim ini sebenarnya membuktikan bahawa pembangkang tidak pernah memikirkan tentang rakyat tetapi lebih kepada soal politik dan parti semata-mata.
Persoalan pertama bukankah kelulusan itu untuk memberikan keselesaan kepada rakyat Selangor yang selama ini terperangkap dalam masalah jem ?
Kerana itulah kenyataan Nasruddin benar-benar menyentap jiwa dan hati si Guan Eng ni !!
Jangan lupa semua cadangan Guan Eng untuk membina terowong di Pulau Pinang juga telah mendapat bantahan dari pelbagai lapisan masyarakat di negeri tersebut.Malahan dengan terbinannya jambatan kedua , tindakan Guan Eng yang tetap mahukan terowong dibina menjadi persoalan besar kepada rakyat Pulau Pinang sendiri.
Kenapa Guan Eng masih mahu membina terowong tersebut ? Bukankah kos yang besar seperti itu lebih bernilai sekiranya digunakan untuk membina rumah-rumah mampu milik buat rakyat Pulau Pinang ?
Kerana itulah niat Guan Eng diragui !!! Di ragui kerana MMI merasakan pembinaan terowong itu tidak lain dan tidak bukan hanya untuk pihak tertentu bukannya untuk keselesaan seluruh rakyat Pulau Pinang.
Malah jika terbinannya terowong terbabit sudah pasti nasib sebahagian besar warga nelayan di Bagan Ajam akan terjejas !
Oleh yang demikian MMI yakin bahawa dakwaan Nasruddin terhadap Guan Eng ada asasnya.Bahkan Nasruddin bukan sahaja di tuduh sebagai pembohong tetapi bakal disaman pula.
Begitu hebat sekali Guan Eng mempertahankan dirinya.
Namun yang lebih menarik adalah jawapan Nasruddin kepada Lim hari ini , anggota jawatankuasa pusat PAS itu menjelaskan bahawa beliau menimbulkan dakwaan berhubung projek terowong dasar laut itu untuk menunjukkan seolah-olah wujud layanan istimewa ke atas Ketua Menteri itu.
Sedangkan, di Selangor, Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijatuhkan dengan menggunakan isu projek pembinaan lebuh raya Kidex, kata Nasrudin.
“Kenyataan saya tempoh hari sekadar mempersoalkan kenapa wujudnya perbezaan sikap pada segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu menjadikan isu Kidex sebagai justifikasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.
“Sedangkan di hadapan kita terdapat juga isu seperti Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang yang tidak kurang kontroversinya.
“Seolah-olah terdapat sikap pilih kasih dan menangguk di air keruh demi mencapai matlamat tertentu yang sempit.
“Justeru itu dakwaan kononnya saya melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas sebagaimana yang disebut oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,” katanya.
Apa yang MMI boleh katakan adalah ...
1.Puak-puak dalam Pakatan Haprak sememangnya tidak pernah ada permuafakatan selain daripada penipuan semata-mata.
2.Semoga Guan Eng SEGERA menyaman Nasruddin ! Kalau tak 1 lagi polemik bodoh dari Pakatan Haprak.
Bukannya MMI tak kenal puak-puak musibat ni semua ... Bercakap ja lebih !!!
Ada ker sapa-sapa dalam Pakatan Haprak yang berani desak supaya tindakan diambil terhadap Guan Eng sama seperti mana yang diambil terhadap Khalid Ibrahim ?
MMI
No comments:
Post a Comment