Followers

Tuesday, 21 October 2014

DAP Kini Menghitung Hari


Tinggal lebih kurang 7 hari sahaja lagi sebelum panel hakim membuat keputusan terhadap rayuan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim.Malah sejak beberapa minggu yang lalu situasi dari kem pembangkang tidaklah terlalu menyengat kerana mereka juga turut dilanda bah hasil daripada gabungan ideologi politik yang gagal di terjemahkan walaupun PAS telah cuba untuk bertahaluf siyasi.

Bayangkan apa jadi dengan nilai Islamik yang dibawa PAS kemudian PKR dengan liberalismenya dan ditambah dengan sekularisme penangan DAP menyebabkan hubungan ketiga-tiga parti kacau bilau.

Insiden demi insiden pertembungan sesama sendiri yang menyusutkan lagi keakraban itu makin terserlah dan banyak pihak diluar sana kini tahu bahawa sememangnya ada yang tak kena dalam Pakatan Haprak.Sesuatu sudah berlaku dan jauh di benak sebahagian daripada pimpinan mereka tidak lagi mampu menahan rasa amarah masing-masing sehinggakan kata-mengata dan ugut-mengugut sudah berkali-kali berlaku.

Perbezaan pendapat jangan cakaplah sampaikan DAP memberikan kata dua kepada PAS "Sokong atau Berambus" satu tindakan yang sebenarnya diterjemahkan daripada ungkapan mendiang Karpal Singh yang membantah sekeras-kerasnya usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Laksana negara Islam ? "Langkah Mayat Kami Dulu" !! 

Kini dalam keadaan yang semakin genting , sudah pasti kedudukan atau siapa yang bakal mengetuai Pakatan Haprak akan menjadi persoalan penting !

Nasib Anwar akan ditentukan pada 28 & 29 Oktober 2014 dan sekiranya Anwar tetap didapati bersalah maka beliau semestinya akan meringkuk di penjara dan ianya mungkin berlarutan sehingga 20 tahun lamanya.MMI sendiri tak pasti keputusannya tetapi sememangnya ada usaha daripada pihak pendakwa untuk melanjutkan tempoh tahanan Anwar Ibrahim.Kerana itu jugalah Anwar begitu bersungguh-sungguh mahukan supaya Shafiee di keluarkan sebagai pendakwaraya.

Well itu kisahnya , sekiranya keadaan ini benar-benar terjadi dan Anwar meringkuk di penjara selama tempoh itu maka sudah pasti Pakatan Haprak memerlukan orang lain di lapangan untuk memimpin gabungan songsang tersebut.

Soalnya siapa ?

Azmin ? Wan Azizah ? Rafizi ? Nurul ? Hmm MMI tak nampak kredibiliti mereka mampu menyaingi manusia bernama Anwar Ibrahim kerana untuk menjadi Anwar mereka perlu memiliki keupayaan untuk terus menundukkan PAS selain daripada menjinakkan DAP.

Ampa yakin nama-nama itu mampu melakukannya ??

Maka kerana itu Pakatan Haprak akan mengalami krisis yang amat dasyat dan sudah pasti ia akan mengheret gabungan songsang ini berpecah.

Mengambil kira apa yang sedang berlaku dalam parti PAS dan kewujudan 2 kem antara mereka yang pro kepada ulama dan tidak , MMI boleh andaikan bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Haprak.


Manakala PKR akan tetap setia bersama DAP dalam Pakatan yang sama dan mungkin jika semua itu berlaku tempat PAS akan diganti dengan PASMA.

Seperkara yang harus kita tahu adalah perpecahan ini bukan sahaja melibatkan Pakatan Haprak tetapi juga parti PAS sendiri kerana sebahagian darinya akan kekal bersama Pakatan Haprak dengan menyertai PASMA.

Dan disinilah bermulanya episod baru dalam Pakatan Haprak walaupun ianya telah lama berlaku sejak PRU13 yang lalu..

1.Mereka akan terus berdiam diri dan langsung tidak akan bersuara berkenaan kedudukan kerusi nombor satu dalam Pakatan Haprak.

2.Mereka juga tidak akan sesekali menunjukkan kerakusan untuk menjadi yang pertama kerana mereka tahu sekiranya semua itu dilakukan maka ramai dikalangan orang Melayu khususnya akan mula sedar.

3.Mereka akan terus menjadi suara menyokong walaupun selepas PRU13 yang lalu tindak tanduk mereka tidak lagi menunjukkan mereka sekadar menyokong.

4.Mereka akan terus mempergunakan Melayu dan India demi untuk mencapai cita-cita yang sejak sekian lama hanya menjadi igauan dalam mimpi.

5.Drama ini akan diteruskan , lakonan akan diteruskan untuk mengaburi mata rakyat agar terus mempercayai dasar yang kini sudah hampir sama apabila PASMA menggantikan PAS dalam Pakatan Haprak.

6.Dan seperti sebelumnya lakonan sebagai penyokong itu akan disulam dengan tindak tanduk sebagai RAJA dalam Pakatan Haprak.

7.Mereka akan lebih kedepan dalam soal ideologi dan dasar Pakatan Haprak !

8.Mereka akan dilihat sebagai suara penting sebelum sesuatu keputusan dibuat oleh Pakatan Haprak dan paling pasti mereka akan teruskan penguasaan untuk memastikan Melayu terus melutut di depan mereka.

Mereka sebenarnya sudah lama menjadi RAJA dalam Pakatan Haprak !!!!

Siapa mereka yang MMI maksudkan ??


Yaaa bijak-bijak !  

MMI

1 comment:

  1. DAP telah meneroka Pakatan Rakyat dengan binaan persepsi baru terhadap pergerakan saraf ideologi sosialis. Sementara PAS dan PKR adalah bermatlamat untuk menumbangkan UMNO.PKR mungkin terpaksa berselari dengan DAP kerana DSAI percaya sokongan padu kaum cina DAP terhadap kepimpinan PR sudah terbukti ampuh.Pas baru tersedar teras Islam asas perjuangan parti tidak mekar bila bersama Pakatan Rakyat, malah rating PAS dari sebuah parti yang digeruni UMNO telah menjadi semakin bisu. Pandangan saya DAP bakal menghadapi masa depan yang kelam kerana kalau kaum cina masih menolak MCA dan Gerakan semata menolak kerjasama bersama UMNO dan tidak memilih parti cina dalam BN dalam pilihanraya akan datang. Kelibat DSAI dalam PR tidak macam dulu. Ada kemungkinan golongan oppoturnist PKR dan PAS akan menolak DSAI dan akan memilih isolation sebagai jalan terbaik. Maka mimpi LKS dan LGE mirip cerita back to the future........... masa tidak menyebelahi mereka????

    ReplyDelete

Labels