Followers

Tuesday 21 October 2014

JAKIM Akan Dapatkan Penjelasan Pihak Penganjur


Dah jadi pun dan dah ramai orang Melayu Islam yang keliru dengan bab-bab hukum hakam ni pegang anjing dalam pogram yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama.Disebabkan program terbabit mendapat perhatian banyak pihak setelah ianya disebarkan melalui rangkaian media sosial maka pihak yang sewajarnya menjadi pemantau kini mula bersuara.

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN PENGANJURAN KEMPEN “I WANT TO TOUCH A DOG”

Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dikalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. 

Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.

Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Justeru, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.

Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.

Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Jakim telah mengulas lanjut isu berhubung kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya melalui portal fatwa Jakim di www.e-fatwa.gov.my.

Kedua, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

Dalam perkara ini, Jakim bercadang untuk memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya Yang Menurut Perintah
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
20 Oktober 2014

Baca juga artikel berkaitan di SINI

MMI

2 comments:

  1. Apasal orang melayu Islam terhegeh-hegeh nak sentuh najis mughallazah, sedangkan bangsa kiasu sendiri jijik dan geli nak sentuh najis sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tak payahlah Ketua Pengarah Jakim baru nak terhegeh2 ulas perkara yang dah terjadi...takkan JAKIM?MAINS tak tau perkara ni dari awal....tengok pulak tajuk acara yang dah terang2 nak menghina Islam ( aku fedup dgn kata2...kita tak tau apa niat )....pihak mana yang luluskan acara ni ???

    Seperkara lagi....cuba layari laman web Jakim dan Majlis fatwa Kebangsaan....ada banyak fatwa yg dah dikeluarkan...salah satunya fatwa MEROKOK ITU HARAM DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM....ini fatwa tahun 1995...dah dekat satu dekad...cuma beberapa buah negeri yg wartakan tetapi lihatlah perokok2 tegar Islam hari ini

    JAKIM tolonglah proaktif !!!

    ReplyDelete

Labels