Apabila membaca ulasan YB Khalid Samad pada Muktamar Pas ke 60, saya tak tau sama ada nak menangis ataupun ketawa. Nak menangis kerana sekali baca bunyinya seperti tulisan orang yang sangat beriman dengan ilmu yang sangat tawaduk. Nak ketawa pula kerana bila saya memikirkan realiti tindak tanduk golongan yang didokongi beliau membuatkan saya rasa amat hairan, benarkah apa yang dikatakan beliau? Adakah beliau faham apa yang diucapkan dan adakah beliau benar-benar memaksudkan apa yang beliau ucapkan ?
Sebelum kita pergi jauh, kita senaraikan dulu ayat-ayat Al-Quran yang digunakan Yb Khalid Samad dan simpulkan point-point penting dalam artikel beliau.
“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka perbaikilah di antara sesama saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah semoga kamu menjadi golongan yang mendapat rahmat”. (Al-Hujurat 10)
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari kebanyakkan dari Dzan (syak wa sangakn). Sesungguhnya sebahagian dari Dzan itu adalah dosa. Dan jangan kamu mengintip satu sama lain dan jangan kamu memburuk-burukkan satu sama lain. Adakah kamu ingin memakan daging saudara kamu yang telah mati?” (Al-Hujurat 12)
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan satu kumpulan merendah-rendahkan satu kumpulan lain, mungkin mereka (yang ditertawakan) adalah lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Dan jangan sekumpulan wanita mengelakkan sekumpulan wanita yang lain, mungkin mereka (yang ditertawakan) adalah lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Dan jangan kamu mencari kesalahan antara kamu dan jangan menggelar satu sama lain dengan gelaran (menghina). Amat buruklah nama-nama menghina setelah beriman. Dan sesiapa yang tidak berhenti (melakukan amalan ini) maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang zalim..” (Al-Hujurat 11)
Tiga ayat ini (menurut urutan yang digunakan) dijadikan hujah YB Khalid Samad dalam tulisan beliau dan berikut adalah point-point dari hujah beliau.
1.Orang Islam itu bersaudara.
2.Perlu menjauhkan diri dari banyak melakukan Dzan (sangkaan buruk).
3.Larangan label melabel (memberi gelaran) dan menghina satu sama lain dengan label-melabel
Sekarang mari kita kupas satu persatu point-point beliau.
1.Orang Islam itu Bersaudara
Adakah anda semua mahu menangis atau ketawa bila kita dengar ada orang Pas yang cakap orang Islam itu bersaudara? Siapa yang tidak tahu isu pengkafiran sesama Muslim, tak makan sembelihan, tak kawin anak disebabkan satu itu PAS dan satu itu UMNO. Kita ingin tanya, orang UMNO itu Islam atau tidak? Jika mereka itu Islam, kenapa begitu tebal permusuhan orang PAS terhadap orang UMNO. Adakah mereka mengangap orang UMNO itu saudara mereka? Antara orang DAP dan orang UMNO tu, siapakah sebenarnya saudara orang Islam? Tetapi kenapa pihak tertentu begitu mengutamakan DAP dari orang yang sepatutnya menjadi saudara kita? Adakah kerana tahluf siyasah bererti kita boleh mansuhkan surah Al-Hujurat ayat 10?
2.Perlu menjauhkan diri dari banyak melakukan Dzan (sangkaan buruk)
Selama ini apakah makanan politik Pas? Bukankah saban hari mereka timbulkan pelbagai isu mengenai pemimpin BN dan UMNO yang Muslim dengan pelbagai tuduhan, dan Dzan yang buruk. Mungkin ada sesetengah isu itu benar, tetapi dalam kebenaran tersebut terselit pelbagai Dzan yang tiada kepastian. Isu seperti Altantuya, cincin 24 juta, kapal selam malah sehingga kepada pihak mereka sendiri seperti Tan Seri Khalid Ibrahim pun tidak terlepas dari politik Dzan, dan penyebaran maklumah yang meragukan serta dipenuhi dengan sangka buruk. Jadi adalah amat lucu bila ada pihak yang mahu menasihat orang lain supaya jangan ada Dzan yang buruk.
3.Larangan label melabel (memberi gelaran) dan menghina satu sama lain dengan label-melabel
Tiba-tiba kita lihat YB begitu perihatin dengan isu label-melabel. Sebelum kita terusan dengan bab label melabel ni, kita nak terangkan yang kita bukan bersetuju dengan orang yang kata “Label-melabel adalah Sunnah”. Ini tidak lain dan tidak bukan menunjukkan orang yang ditarbiah oleh parti politik ni memang gemar memperalatkan hukum agama untuk menghalalkan tindak tanduknya.
Dalam isu label melabel, terdapat 2 bentuk label.
PERTAMA label melabel yang memberikan kesimpulan terhadap suatu persoalan yang panjang penghuraiannya. Misalnya kalau saya tanya, apakah pegangan akidah anda. Kalau tiada label, maka kita kena jawab “pegangan akidah saya ialah saya percaya kepada al-Quran, al-Sunnah yang berdasarkan kefahaman serta pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.” (ini sekadar contoh). Untuk dimudahkan definisi yang panjang, maka para ulama melabelkan orang yang beriktikad sedemikian sebagai Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
Jadi label ini adalah memudahkan kita untuk menjelaskan keserupaan pegangan. Misalnya bila kita kata Anwarinas, maka kita secara automatik faham, mereka ini yang lebih cenderung untuk mempromosikan agenda Anwar Ibrahim dalam PAS. Begitu juga label Liberal bagi memudahkan kita faham fikrah dari mereka yang cenderung untuk mengubahsuai Islam supaya memuaskan kehendak pihak orang bukan Islam supaya Islam versi mereka kelihatan secocok dengan kehendak semasa golongan bukan Islam.
Oleh itu, bayangkan, kalau tiada label, jenuh kita nak terangkan satu-satu aliran sama ada dalam Islam, mahupun dalam jemaah politik. Atas dasar itu juga, kita lihat pebagai label muncul dari dunia Islam seperti murjiah, qadriah, qadiani, khawarij, haraki, syiah, rafidah, jaafariah, anti-hadit, Islam liberal, dll. Apakah semua label ini salah menurut YB Khalid Samad?
KEDUA label dalam bentuk untuk menghina dan memalukan seseorang ataupun satu kelompok. Sejarah politik Malaysia melihat PAS sebagai sebuah parti yang paling kuat bagi label menghina. Siapa yang boleh lupa label Al-Juburi yang diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh salah seorang pemimpin ulung PAS yang kini turut sama digelar Anwarinas. Siapa yang paling rajin guna istilah Maha Firaun, Mamak Kutty, Najis, UMNGOK dll label menghina?
Ok, saya tau, orang UMNo pun buat juga. Tapi hello YB, bukankah Pas ni dikatakan Parti Islamik yang memperjuangkan Islam dan patutnya dah lumat ditarbiah dengan ayat dari surah al-Hujurat? Kalau ye pun pemimpin PAS yang bagi gelaran tu tak ditarbiah, tetapi kenapa baru hari in YB sibuk nak keluarkan surah al-Hujurat? Kenapa tidak dikeluarkan masa mereka memberikan gelaran Al-Juburi dulu untuk menasihati pejuang-pejuang Islam bahawa haram memberikan label menghina apatah sesama orang Islam? Kenapa hanya keluar ayat-ayat bila rasa diri sendiri dah kena label? Padahal, label itu boleh jadi dalam kategori labe no 1 untuk memudahkan kita memahami kerangka fikrah mereka.
Kenapa YB? Kenapa? Saya tidak faham, kenapa seperti ada double standard dalam hukum hakam Islam? Kenapa ada orang Islam tertentu yang bebas dihina, dikutuk, dicerca, difitnah, dilabel dengan macam-macam dan dilayan seolah-olah mereka bukan saudara kita, sedangkan tiba-tiba ada pula satu kumpulan orang Islam yang mana kita tidak boleh buat?
Jadi saya rasa sangat keliru bila membaca ulasan YB. Tak tau nak ketawa ataupun menangis.
Kita tidak perlu jadi ulama ataupun political scientist untuk nampak, sesungguhnya YB dan parti YB adalah dari mereka yang cakap tak serupa bikin. Dalam sibuk menuduh orang lain burukkan imej Islam, tindak-tanduk parti YBlah yang sebenarnya memberikan imej yang buruk pada Islam. kredit
MMI
No comments:
Post a Comment