Followers

Wednesday, 1 October 2014

Rejim DAP Tak Akan Berhenti , Penduduk Kg Pokok Asam Tunggu MASA !!!

Gambar Hiasan
Hebat sangat ka Guan Eng ni ? Atau hebat sangat ka Rejim DAP yang ketika ini mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang ?

Kalau berdasarkan kepada apa yang ditonjolkan oleh puak-puak ni rasanya tak lebih dari sekadar lakonan semata-mata.Malahan disebalik lakonan itu terdapatnya pelbagai gerakan terancang yang sebenarnya punya agenda tersirat.

Cuma sayang sebahagian daripada mereka di negeri ini yang mengaku Melayu masih terhoyong-hayang pendiriannya.Mengaku bijak politik tetapi DUNGU kerana membiarkan nasib bangsa sendiri diperkotak-katikkan oleh mereka yang dulunya PENDATANG !!

Guan Eng dan rejimnya bukan sahaja double standard tetapi sering berbohong khususnya tentang isu perumahan rakyat.Tak kurang juga sikap KEJI yang ditunjukkan oleh mereka apabila permohonan daripada agensi kerajaan pusat untuk membina rumah diabaikan.

JANJI jangan cakaplah sana bina rumah sini bina rumah tapi bila diminta lokasi jadi BISU ! Yang nampak adalah rumah-rumah mewah dan pembinaan mega yang sudah pasti warga marhaen Pulau Pinang tak akan MAMPU beli.

Paling menyakitkan hati ianya tidak terhenti setakat itu , kampung orang Melayu pun nak dimusnahkannya.Sekali lagi kalau ikut JANJI nasib penduduk Pulau Pinang akan terus dibela tanpa mengira bangsa.

Yalah tu...Kalau dasar musibat akan tetap musibat !!!!
GEORGE TOWN, 30 Sept - Sekumpulan penduduk Kampung Pokok Asam, di sini hari ini menghalang pihak pemaju merobohkan sebahagian binaan melibatkan lot 215A yang mereka dakwa tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Timbalan Pengerusi Persatuan Bertindak Penduduk Jelutong Timur Kamariah Ahamed berkata pemaju Nova Mulia telah dihalang berbuat demikian selepas tidak dapat menunjukkan notis jelas dan datang tanpa kehadiran pegawai Pejabat Daerah dan Tanah.
"Pemaju tidak sepatutnya datang untuk merobohkan sebahagian rumah lot 215A kerana mereka tidak rujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kamariah berkata masalah Kampung Pokok Asam ditangguh sementara kerana Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon bersetuju untuk berbincang dengan penduduk.
"Semuanya belum ada penyelesaian dan kemungkinan ada sesi dialog antara penduduk dengan Datuk Rashid selepas beliau pulang dari Makkah," katanya.
Kamariah berkata notis terakhir yang diterima penduduk untuk mengosongkan premis masing-masing adalah pada Julai lepas tetapi penduduk tidak berbuat demikian kerana perjanjian pampasan tidak disiapkan oleh kerajaan negeri.
Tanah perkampungan berusia lebih 100 tahun seluas lebih satu hektar itu dikatakan diambil alih oleh syarikat pemaju dari Kuala Lumpur bagi projek perumahan dan tapak perkuburan.
Namun projek itu ditangguh sementara ekoran keengganan penduduk berpindah. 
Takkan keputusan tak boleh dibuat ? Sampai bila nak berunding ? Macam yang MMI kata mereka tak akan berhenti !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels