Followers

Wednesday 1 October 2014

PAS Baru Sedar Dari MIMPI , Kerajaan DAP P.Pinang CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang hari ini mengingatkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang supaya memikirkan semula tindakan melucutkan semua jawatan Bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam Jawatankuasa Tindakan Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Bendahari PAS itu dipecat daripada semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mengkritik kredibiliti dan ketelusan pentadbiran Lim Guang Eng dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP (secara total) dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini. Kerajaan DAP Pulau Pinang juga telah merobohkan lebih 25 buah kampung kerana melaksanakan pembangunan dengan membina perumahan elit yang berharga jutaan ringgit.

PAS Pulau Pinang secara jelas dinafikan hak bersuara oleh Lim Guang Eng yang hanya melantik seorang EXCO PAS sahaja dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan majoriti EXCO yang lain adalah kaum Cina daripada DAP dan PKR. Selain daripada itu, pimpinan PAS yang dilihat tidak bersefahaman dan mengkritik pemerintahan Lim Guang Eng akan dikenakan tindakan keras seperti nasib Bendahari PAS Pulau Pinang ini!

Selain daripada itu segala peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya bertumpu di kawasan elit yang dikuasai kaum Cina manakala hanya 1.5% sahaja peruntukan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diperuntukkan di kawasan kampung-kampung yang majoritinya daripada kampung Melayu.

Mengikut kajian Ekonomic GRP Center bermula daripada tahun 2010 ekuiti kedudukan ekonomi Bumiputera di Pulau Pinang jatuh merundum dan hanya 0.7% sahaja pemilikan aset di Pulau Pinang seperti pemilikan bangunan, rumah dan perniagaan milik bumiputera, 0.9% dikuasai kaum India manakala 98.4% sumber ekonomi Pulau Pinang dikuasai oleh kaum Cina.

MMI tak pastilah sama ada semua ni lakonan PAS semata-mata tetapi hakikatnya sejak 2008 takkan sekarang baru nak sedaq dari MIMPI kot ??

Ada orang kata masa tengah sedap boleh pula tutup mata , bila dah diri sendiri yang kena melalak sekampung !! HAPRAK !!!!

MMI

2 comments:

  1. BUKAN BARU SEDAR TAPI TAKUT DITINGGALKAN OLIH PAKATAN. NAK BERSMA UMNO MALU SEBAB KATA UMNO MACAM2. SEBENARNYA PAS LEMAH

    ReplyDelete
  2. SEBENAR PAS LEMAH KERANA ITU MEREKA TAKUT NAK TINGGALKAN PAKATAN. NAK BERSAMA UMNO MALU SEBAB DIFITNAH UMNO MACAM2

    ReplyDelete

Labels