Followers

Thursday, 16 October 2014

The End Of Anwar Ibrahim


Nampaknya usaha KETUM untuk menjadikan rakyat sebagai perisai politiknya tidak mendapat sambutan.Sejak dua menjak ini beliau dilihat semakin tidak senang duduk malah dari pengamatan MMI semua yang berlaku ini adalah disebabkan oleh sikap si KETUM sendiri.

Menjadikan Pakatan Haprak seolah-olah mak bapak dia punya akhirnya memakan diri.Malah MMI percaya kesan daripada kemelut yang berlaku sewaktu misi mencalonkan jijah Omega untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah kesilapan paling besar yang dilakukan oleh KETUM hingga menyebabkan sebahagian besar dari kalangan penyokong sendiri kini memilih untuk berdiam diri.

Langkah Kajang yang membelakangkan rakan-rakan lain dalam Pakatan Haprak juga adalah permulaan hadirnya kebencian terhadap bekas banduan ini.

Sesuatu yang menarik telah berlaku semalam di laman Facebook milik Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila post beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah. Namun kini sebaliknya berlaku.

Bertambah menarik, penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan.

Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya. Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.

Seluruh mata kini tertumpu kepada tarikh keramat 28 Oktober dan semestinya tumpuan itu dibuat dari jauh.Sesuatu yang MMI rasa berlaku adalah kebanyakkan rakyat Malaysia mengharapkan Anwar ke penjara.

Mungkin disitulah catatan sejarah politik Anwar berakhir !

The End Of Anwar Ibrahim !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels