Followers

Friday, 21 November 2014

BEBAS Berbahas Tapi Ada Syarat ??


Ramai yang keliru dan sudah ada yang melompat berikutan kenyataan daripada Setiausaha Agung UMNO bahawa semua perwakilan bebas berbahas asalkan tidak menyentuh isu-isu sensitif !

Wah bukan tak boleh sentuh isu sensitif , kenyataan tersebut sudah pun menjadi isu paling sensitif sekarang ni.Antara bunyi-bunyi yang MMI dengar untuk apa diberikan kebebasan berbahas sekiranya masih ada syarat ?

Berbahas apa kalau ada tembok ? Macam mana nak tegur ahli dan pemimpin UMNO kalau bab sensitif langsung tak boleh tegur ? Macam mana nak tegur kerajaan kalau hal-hal sensitif tidak boleh disentuh sedangkan hal sensitif inilah yang menjadi duri dalam daging kepada tiap usaha kerajaan selama ini ?

Waduh-waduh macam-macam MMI dengar , Apa pun jom kita tengok apa yang Setiausaha Agung UMNO katakan dalam sidang media yang kini sudah menjadi kontroversi ni ....

Perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 minggu depan bebas berbahas asalkan tidak menyentuh isu-isu sensitif dan peribadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini termasuk isu sensitif antara kaum dan ahli-ahli UMNO.

“Saya nak menasihatkan katanya, antara usul-usul yang akan dibahaskan dalam persidangan tersebut ialah ucapan dasar Presiden, ekonomi dan agama serta pendidikan.

“Kita nak nasihatkan pembentang usul, mereka bebas untuk untuk mengutarakan apa sahaja isu, hanya kita tak nak mereka menyentuh masalah-masalah peribadi, perkara sensitif di antara kaum dan di antara ahli-ahli UMNO,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, Khamis.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusof.

Katanya, perwakilan atau pembahas perlu mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan jawatankuasa usul dan perbahasan.

Dalam pada itu, dianggarkan seramai 5,739 perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO yang bermula dengan perasmian serentak sayap Wanita, Pemuda  dan Puteri pada 25 November.

Daripada jumlah itu, 2,763 perwakilan Perhimpunan Agung, Wanita (993 orang ), Pemuda (992) dan Puteri 991 orang.

Selain itu, 106 agensi media cetak dan eletronik selain media baharu termasuk blogger dan portal dalam talian dalam dan luar negara akan membuat liputan paa perhimpunan tahun ini.

Seramai 1,452 sudah berdaftar untuk berkampung di Laman Media di Aras 2, PWTC yang dilengkapi kemudahan infrastruktur dan elektronik bagi membuat liputan.bnbbc

Well kita jangan cepat melenting sangat , kalau dibaca kenyataan itu jelas sekali para perwakilan diberikan kebebasan untuk berbahas tetapi UMNO sebagai parti tunjang dalam kerajaan perlulah melihat dan membuat persediaan secukupnya supaya persidangan yang mendapat perhatian negara dan dunia ini berjalan dengan baik.

Kalau nak tegur tu tegurlah tetapi biarlah teguran yang berfakta dan berhemah , yang dipinta adalah jangan sesekali kita memburukkan sesama ahli malah kaum-kaum lain juga walaupun hakikatnya ada beberapa insiden yang membuatkan orang-orang UMNO marah.

Dalam Islam sekalipun kita dilarang untuk mengaibkan seseorang maka sewajarnya kita melaksanakan kewajipan ini dengan penuh integriti dan berhemah.

Kita tegur dalam keadaan mencari kebaikan bukan tegur untuk memusnahkan !

Kita berbahas untuk kemajuan bukan berbahas untuk pergaduhan !

Paling penting MMI rasa mereka yang terasa apabila ada teguran sedemikian perlu segera bermuhasabah diri , manalah tahu kita ada buat salah sebab manusia tidak boleh menghakimi diri sendiri !!

Kepada kaum lain jangan ambil hati , ini persidangan orang Melayu dan mereka nak meluahkan isi hati mereka bersama-sama dengan orang Melayu.

Jangan risau orang Melayu ini tak akan sesekali merusuh kalau yang lain faham kenapa mereka MENEGUR !!!

Menjadi tugas MCA dan Gerakan malah MIC untuk menyalurkan maklumat kepada ahli-ahli parti bahawa sahabat komponen sedang bersidang dan mereka punya hak untuk bersuara.

Kalau ada teguran ambil sebagai pengajaran dan perbaikilah bukan keluar kenyataan supaya ahli UMNO jangan sentuh isu perkauman.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels