Followers

Tuesday, 25 November 2014

PAU2014 Semuanya Di SINI


Perhimpunan Agung UMNO 2014 bakal membuka tirai sekejap sahaja lagi dengan taklimat tertutup oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Merdeka, PWTC pada kira-kira jam 3.15 petang ini.

Seperti kebiasannya ribuan ahli UMNO dari seluruh negara bakal berkampung di Kuala Lumpur dalam tempoh 5 hari yang akan datang dan semestinya kemeriahan itu akan dirasai lebih-lebih lagi oleh para pejuang zaman sebelum MMI.

Pengalaman MMI sendiri sebelum ini bertemu salah seorang daripadanya cukup untuk membuatkan kita terharu.Rasanya begitu sukar sekali untuk kita melihat generasi hari ini punya jiwa dan kekuatan seperti mereka.

Paling terharu apabila MMI dimaklumkan kehadiran veteran yang tidak punya nama besar dan jawatan besar ini menggunakan wang sendiri hasil simpanan setiap tahun yang dikhususkan untuk menjejakkan kaki ke Perhimpunan Agung UMNO.

Malah kehadirannya hanya dengan menaiki bas ekpres dan bermalam di hotel-hotel bajet di iringi isteri tersayang tanpa ada mana-mana YB , Datuk , Ketua dan siapa jua yang sering kali menjadi perhatian ahli-ahli UMNO tatkala perhimpunan agung bermula.

Lebih terharu kerana tidak ada sebarang perancangan untuk dilayan bagai raja tetapi kehadiran veteran ini semata-mata untuk mengikuti persidangan UMNO ! 

"Tak bantu pun tak apa , pemimpin tak mau jumpa pun tak apa , asalkan dapat mengikuti persidangan dan melihat wajah-wajah Melayu yang hari ini sedang mewarisi amanah dari kami dan mereka-mereka yang terdahulu sebelumnya"

Jiwanya kental bersama UMNO !

"Selagi mana masih bernyawa , insyaallah Pak Cik akan sentiasa cuba untuk hadir ke persidangan kerana disini nostalgia kekuatan orang Melayu itu mampu mengundang senyuman buat Pak Cik" begitulah antara kata-kata yang keluar dari mulut veteran tadi.

Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat kecekalan dan kesetiaan pejuang ini sampai ke tahap itu !!

HEBAT ! Memang HEBAT !!

Terasa diri ini kerdil sangat , sebahagian daripada kita hari ini rasanya sudah terlalu jauh meninggalkan erti perjuangan itu sendiri.

Apa pun MMI optimis , Pak Cik itu pasti akan hadir lagi dan menjadi harapan MMI untuk bertemu beliau sekali lagi sekurang-kurangnya dapat bertanya khabar.Insyaallah jika diizinkan Tuhan , kami akan bertemu.

Begitulah kehebatan Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada setiap tahun , pelbagai perkara menarik berlaku dan paling penting ianya menjadi kekuatan kepada orang Melayu untuk terus memimpin negara selain daripada terus mengetuai Barisan Nasional.

Ini AMANAH !! dan amanah ini harus kita pikul sebaiknya kerana SEGALANYA BERMULA DISINI !!!

Sebelum itu dalam taklimat Presiden sebentar sahaja lagi , Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat penting yang antara lain berkisar memperkukuhkan saf kepemimpinan bagi memastikan kerangka disusun untuk perjuangan Melayu dapat diteruskan.

Empat tiang seri UMNO yang menjadi teras perjuangan parti yang ditubuhkan pada tanggal 11 Mei 1946 itu iaitu institusi Raja, Islam, Melayu dan Bahasa Melayu dijangka menjadi sebahagian intipati yang akan disampaikan Presiden.

Tamat sesi itu, perasmian tiga sayap oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyusul malam ini. Seramai 993 anggota perwakilan kali ini mewakili Pemuda, Wanita (992 anggota) serta 991 anggota lagi, Puteri.

Seramai 95 wakil asing yang mewakili 27 parti dari 19 negara juga sudah mengesahkan kehadiran ke persidangan parti itu kali ini serta 84 anggota perwakilan dari 77 Kelab UMNO Luar Negara.BH Online

Kepada semua perwakilan Selamat Bersidang !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels