Followers

Friday 14 November 2014

Perlu Ker Di LAYAN PPS Ni ??


Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan kerajaan negeri bersetuju untuk menggantikan PPS dengan unit Kepolisan Komuniti sepertimana dilaporkan di media.

Menurut Lim Guan Eng, beliau hanya berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu untuk dipanjangkan ke mesyuarat exco.

"Saya hanya berbual dengan Ahmad Zahid di mana beliau menawarkan untuk menyerap PPS dalam Unit Kepolisan Komuniti, dan saya beritahu menteri berkenaan supaya sediakan kertas kerja mengenai cadangan itu agar saya dapat bentangkan pada mesyuarat Exco," katanya.

Lim memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Dilaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam telah mengesahkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang akan digantikan dengan unit Kepolisan Komuniti.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan di antara Dr Ahmad Zahid dengan Lim di Bangunan Parlimen semalam.

Menurut laporan, Lim dikatakan bersetuju dengan penggantian PPS kepada Kepolisan Komuniti.

Sehubungan itu, KDN akan melakukan keseragaman Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pakaian seragam unit Kepolisan Komuniti di seluruh negara.

PPS ditubuhkan kerajaan negeri pimpinan DAP lima tahun lepas dan diisytiharkan haram baru-baru ini kerana tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ketika ditanya sama ada polis akan menghentikan siasatan terhadap 157 anggota PPS yang ditahan pada 31 Ogos lepas berikutan perkembangan terbaharu itu, Ahmad Zahid berkata siasatan diteruskan dan mereka yang mempunyai rekod jenayah, akan diambil tindakan undang-undang.

Beliau berkata seramai 9,000 anggota PPS menjalani saringan jenayah, dan polis akan mengumumkan mereka yang terlibat dengan kes jenayah dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid turut meminta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar berhubung penubuhan unit Kepolisan Komuniti.astroawani

Komen MMI , setelah apa yang berlaku sebelum ini kita masih lagi dengan sikap melayan ! Satu tindakan yang MMI rasa tidak seharusnya kita amalkan kerana puak-puak DAPigs ni tidak akan pernah kenal erti berterima kasih.

Kalau tak percaya tunggulah jika kita melayan mereka dan merealisasikan apa yang sedang dirancang pasti di kemudian hari akan berlaku sesuatu yang menyusahkan pihak kerajaan atau pihak yang terlibat secara langsung.

Kenapa perlu kita layan PPS ?

Bukankah ada SRS ? Boleh sahaja puak-puak ni masuk SRS kalau benar-benar nak berkhidmat untuk masyarakat tapi kenapa perlu ada entiti baru ?

Sebab DAP mahu entiti yang boleh menjenamakan nama parti malah ia boleh digerakkan untuk melakukan kerja-kerja politik dan semestinya mereka ada agenda yang lebih besar.

Hati-hati beb ...

MMI

1 comment:

  1. biarkan si luncai terjun dgn labu2 nya....biarkan menteri2 bn&umno terjun dgn kebodohan mereka....pru ke 14 esok...tenggelam lah mereka semua...biarkan...biarkan...selamat merempat di negara sendiri wahai bangsa melayu ...

    ReplyDelete

Labels