Pada November 14, 2014, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah membentang dan meluluskan satu usul tergempar menyeru kerajaan pusat untuk menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.
Usul tersebut menyeru kerajaan pusat untuk menangguhkan pelaksanaan GST sehingga Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi. Menurut Ahli Dewan Undangan yang membentangkan usul tersebut, GST ialah satu bentuk cukai “kejam” yang akan membebankan golongan bawah dan pertengahan.
Perdana Menteri, walau bagaimanapun, telah menegaskan bahawa pelaksanaan GST akan diteruskan seperti yang dirancang. Persiapan untuk beralih ke persekitaran GST sudah di peringkat akhir dan muktamad. Tiada mungkin berpatah balik.
Hujah-hujah agar GST tidak ditangguhkan sudah banyak diperkatakan. Perbuatan menyeru agar GST ditangguhkan sehingga Malaysia mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi hanyalah kata-kata yang sedap didengar tetapi tidak berpijak di bumi nyata. Keadaan semasa dan akan datang memerlukan negara kita mempelbagaikan sumber hasilnya.
Usul tergempar untuk menangguhkan pelaksanaan GST hanya mencerminkan sikap hipokrit kerajaan negeri Pulau Pinang.
Pada Jun 28, 2014, kerajaan negeri Pulau Pinang telah meluluskan keputusan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menaikkan kadar sewa gerai dan kedai kepunyaan MPSP antara 20% ke 100%. Kenaikan ini yang berkuatkuasa pada 1 September 2014 menjejaskan 5,500 orang peniaga kecil dan penjaja. Mengapa DUN Pulau Pinang tidak membuat usul tergempar untuk mencegah MPSP dari menaikkan kadar sewa tersebut? Adakah kenaikan tersebut tidak membebankan golongan berpendapatan rendah?
Pada bulan September, 2013, seramai 130,000 pengguna telah dikenakan surcaj sebanyak 20% ke atas bil air mereka. Kenaikan surcaj ini telah membebankan 28% daripada pengguna domestik di Pulau Pinang.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menaikkan cukai pintu rumah kediaman dan premis perniagaan sebanyak 7% hingga 10% pada tahun 2015. Kenaikan ini melibatkan 274,000 tuan-punya hartanah. Mengapa DUN Pulau Pinang tidak membuat sidang khas untuk membahas kenaikan tersebut? Adakah kenaikan tersebut tidak membebankan rakyat?
Sejak bulan Mac 2008, kerajaan negeri telah menjual 106.1 ekar tanah kerajaan negeri bernilai RM1.1102 bilion kepada pemaju swasta. Pemaju-pemaju tersebut membina rumah-rumah mewah untuk golongan elit dan pelabur-pelabur asing, bukannya rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sasaran kerajaan negeri untuk membina 22,575 buah rumah kos rendah dan sederhana amat diragui. Sejak 2008, kerajaan negeri hanya mampu membina 4,000 buah rumah mampu milik. Mengapa kerajaan negeri yang kononnya amat prihatin dengan pahit-getir golongan berpendapatan rendah dan sederhana mengabaikan keperluan asas golongan tersebut?
Kerana ingin memenuhi kepentingan politik mereka yang sempit, barisan pembangkang memilih untuk membakul sampahkan manfaat keseluruhan GST kepada rakyat dan negara. Tujuan DUN Pulau Pinang meluluskan usul tergempar agar GST ditangguhkan hanyalah untuk dilihat sebagai pejuang kepentingan rakyat. Namun, rekod prestasi mereka adalah sebaliknya. Usul tergempar tersebut hanya satu usaha untuk mengalih pandangan daripada kegagalan-kegalan mereka memperjuangkan kepentingan rakyat Pulau Pinang sendiri.sumber
Sebelum tu Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata, Malaysia tidak perlu takut kepada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana ianya banyak membawa faedah.
Menurut Herman , sebagai contoh Indonesia telah berjaya melaksanakan GST untuk kebaikan negaranya.
“Kenapa perlu takut? Pada saya pelaksanaan GST akan menguntungkan rakyat, menambah pendapatan negara kerana GST akan mengurangkan cukai yang sedia ada,” katanya ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai cabaran dan masalah yang dihadapi oleh Indonesia untuk melaksanakan sistem GST di negara itu.
Di Indonesia GST dipanggil VAT (cukai nilai tambah) dan diperkenalkan sejak 29 tahun dahulu.
Pelaksanaan VAT menyumbang 40 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia dengan kadar terkini sebanyak 10 peratus.
GST di Malaysia bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan dengan kadar 6 peratus.
Pengumuman mengenai pelaksanaannya dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2014.sinarharian
Kena fikir baik-baik sebab puak-puak ni banyak main politik !!
MMI
Bukan saja main politik, main jubur pun ada woooo........
ReplyDelete