Followers

Wednesday, 12 November 2014

Semuanya MUDAH Dengan CAT "Copy And Tempek"


Sejak Guan Eng dan konco-konconya dari serata pelusuk negara hadir ke bumi Pulau Pinang dan menagih simpati rakyat untuk di pilih sebagai wakil rakyat , ramai di kalangan warga Pulau Pinang sendiri begitu teruja dengan permainan politik anak Cina dari Melaka ni.

Pelbagai janji ditabur dengan kecaman bahawa kerajaan sedia ada (BN pada ketika itu) terlalu jauh cacat celanya jika dibandingkan dengan apa yang DAP dan Pakatan Haprak tawarkan.

Maka atas sebab mahu melihat perubahan kononnya maka berbondong-bondonglah warga Pulau Mutiara memberikan sokongan termasuklah mereka-mereka yang hari ini diHALAU dan diUSIR dari kampung sendiri.

Tak cukup dengan itu habis segala gerai dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan malah sehingga ke hari ini kadar sewa pula dinaikkan sebanyak 100%.

Selebihnya masalah banjir yang masih terus berlaku , mengenakan cukai-cukai yang tidak munasabah , penurunan kadar FDI negeri dan banyak lagi yang ampa semua boleh baca dalam artikel-artikel MMI yang lain.

Dan kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu begitu berbangga dengan dasar CATnya , satu dasar yang pada pandangan mereka mampu menzahirkan sebuah kerajaan negeri yang Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Well macam biasa kalau setakat bercakap siapa pun boleh nah sekarang ni sesuatu yang amat memualkan telah berlaku dalam sidang Dun Pulau Pinang apabila pembentangan bajet 2015 begitu jelas memperlihatkan kewibawaan sebuah kerajaan negeri yang mengaku HEBAT dan menggunakan sepenuhnya dasar CAT iaitu "Copy And Tempek"


Dalam masa yang sama Ketua Pembangkang Pulau Pinang , YB Datuk Jahara Hamid turut mengulas perkara berkaitan ,

Jumlah stok tanah simpanan milik negeri ini didakwa menurun dengan drastik kepada enam peratus berbanding 18 peratus sebelum DAP memerintah pada 2008.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, perkembangan berkenaan sangat membimbangkan dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang membabitkan kepentingan rakyat.

“Masalah kekurangan stok ta­nah akan membuka ruang untuk kerajaan negeri melakukan tebus guna tanah,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jahara turut mempersoalkan peningkatan 213 peratus bagi perbe­lanjaan mengurus untuk 2015 berban­ding 2014 selepas Guan Eng membentangkan bajet negeri, Jumaat lalu.

Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan kerana anggaran perbelanjaan Pejabat Ketua Menteri tidak berubah iaitu RM184,980 termasuk bayaran gaji dan upah.

“Difahamkan, ketika ini terdapat kira-kira 60 orang kakitangan di pejabat Ketua Menteri berbanding hanya 15 orang ketika pentadbiran sebelumnya,” katanya. -UM 

MMI

1 comment:

Labels