Followers

Thursday 29 January 2015

ANCAMAN !! Malaysia Bakal Miliki Black Hawk

TERBAIK Angkatan Tentera Malaysia bakal memiliki helikorpter jenis Sikorsky S-70A Black Hawk.

Pemilikan ini pastinya mampu meningkatkan sistem pertahanan negara khususnya dalam usaha untuk mengawal sempadan negara daripada sebarang pencerobohan termasuklah tindakan pengganas seperti mana yang pernah berlaku di Lahad Datu Sabah.

Berdasarkan laporan daripada MalaysiaGazette usaha kerajaan untuk mempertahankan Pantai Timur Sabah daripada ancaman pencerobohan pengganas Sulu selatan Filipina mendapat sokongan berharga daripada Brunei yang bersetuju menyumbang helikopter untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kementerian Pertahanan Brunei menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan ia bersetuju menyumbang helikopter jenis Sikorsky S-70A Blackhawk kepada Malaysia.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah helikopter yang bakal disumbang kepada ATM.

“Kerjasama (di antara Brunei dan Malaysia) akan dipertingkatkan dengan rancangan penyerahan helikopter S-70A Blackhawk milik Tentera Udara Diraja Brunei kepada Angkatan Tentera Malaysia,” menurut Kementerian Pertahanan Brunei.

Helikopter Blackhawk masih lagi digunakan di Brunei, sebelum diserahkan kepada ATM seawal September ini apabila negara yang kaya minyak itu menerima versi helikopter yang lebih moden S-70i untuk kegunaannya.

Kedua-dua pihak menurut kementerian terbabit, akan berbincang lebih lanjut tentang rancangan penyerahan helikopter terbabit.

Kementerian Pertahanan Brunei berharap sumbangan helikopter tentera buatan Amerika Syarikat akan meningkatan keupayaan ATM dan kerjasama kedua-dua negara dalam memeliharan keamanan dan keselamatan serantau.

Kedua-dua negara mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat dengan ATM dan Angkatan Tentera Diraja Brunei menyumbang anggota tentera dalam misi di Lubnan dan selatan Filipina.

Well MMI rasa kehadiran aset terbaru untuk angkatan tentera Malaysia itu amat WAJAR sekali memandangkan ancaman sentiasa berlaku.

Melihat kepada perkembangan terbaru yang berlaku dalam Kesultanan Sulu  , Sultan Esmail Kiram II yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengisytiharkan adiknya, Datu Phugdal Kiram akan memegang gelaran Raja Muda dalam apa yang dipanggilnya sebagai Kesultanan Sulu.

Esmail memberitahu pada Selasa bahawa Phugdal, 68, dipilih kerana undang-undang Kesultanan mengenai penggantian yang menetapkan bahawa calon mestilah mempunyai keturunan langsung daripada Sultan Sharif ul-Hashim, Sultan Sulu yang pertama, lapor mStar Online.

Phugdal, yang merupakan seorang guru di sekolah awam, akan mengambil alih gelaran Raja Muda yang dipegang oleh abangnya, Allahyarham Azzimudie Kiram, 74 yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Januari lalu.

Azzimudie mengetuai pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Kampung Tanduo di Felda Sabah 17 berhampiran Lahad Datu, Sabah, pada Februari 2013 yang membawa kepada pertempuran berdarah.

Apabila ditanya mengapa seorang lagi saudara lain, Datu Alianiapa tidak dinamakan untuk mengambil alih gelaran daripada Azzimudie, Esmail berkata di bawah undang-undang penggantian Kesultanan Sulu, Phugdal adalah lebih tua dalam adik-beradik dan bukan adiknya Alianiapa.

“Ada yang menyebarkan khabar angin mengenai perebutan kuasa untuk menunjukkan bahawa kita tidak bersatu. Datu Phugdal adalah pengganti yang sah,” katanya.

Ketika ditanya sama ada terdapat rancangan untuk menyerang Sabah lagi, Esmail berkata tidak timbul soal pencerobohan kerana berdasarkan sejarah Sabah adalah milik mereka.

“Kami tidak pernah menggunakan perkataan menuntut kerana Sabah adalah milik kami,” katanya.Baca Selanjutnya 

Yang pasti keselamatan negara harus dipertingkatkan dan kita jangan sesekali leka dengan keadaan ini.Segala kemungkinan boleh berlaku !! 

Terima kasih kepada kerajaan Brunei ! Walaupun berbeza negara tetapi kita sentiasa berusaha untuk yang terbaik.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels