Followers

Friday 30 January 2015

Barisan Kepimpinan Baru PAS PRO-DAP Kini Di Perkenalkan ??

Hanya mereka yang buta hati sahaja tidak akan perasan dengan game plan terbaru puak-puak pro-DAP yang kini sudah mula menggerakkan kempen mereka untuk memenangi hati penyokong-penyokong PAS.

Pergeseran dan aksi sindir menyindir antara kepimpinan DAP dan PAS yang pro kepada kumpulan ulama nampaknya sudah sampai ke tahap PERANG !

Tindakan Setiausaha Agung PAS , Mustafa Ali yang mencabar Guan Eng supaya bersemuka dengannya untuk membuktikan dakwaan bahawa pemimpin Pas itu tidak jujur berhubung isu pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadikan pergeseran ini semakin panas dan menarik.

Apatah lagi Mustafa Ali turut menyifatkan Guan Eng sebagai bermulut celupar apabila si Ketua Menteri Pulau Pinang ini menyatakan beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa untuk berbincang tentang pelaksanaan pilihan raya PBT sebelum memulakan kempen undi di Pulau Pinang.

Sedangkan hakikatnya Guan Eng hanya menghubungi beliau selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Perkataan yang digunakan oleh Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.

“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas baru-baru ini.

Walaupun pergeseran ini cuba diselamatkan oleh beberapa pimpinan PAS yang pro kepada DAP dengan menolak sebarang perdebatan diantara kedua-dua pemimpin ini , DAP terus bertindak menyerang PAS apabila Guan Eng telah mempertikaikan kredibiliti kerajaan PAS di Kelantan.

Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata semasa banjir besar berlaku, keadaan yang berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yang wujud. Kerajaan yang ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa apa utk menyelamatkan mangsa mangsa banjir. 

Menurut Lim lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dengan dasar pentadbiran yang bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yang boleh membuat kerja untuk rakyat. 

Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan. 

Satu tindakan yang jelas menghina PAS sebagai parti yang menunjangi kerajaan Kelantan sehinggakan beberapa kepimpinan PAS yang lain bangkit mempertahankan serta menempelak serangan celupar Guan Eng tersebut.


Tidak cukup dengan itu , Ketua Pemuda PAS Kelantan pula dalam kenyataan medianya mengecam tindakan Guan Eng sebagai SALAH dan minta di perbetulkan.Namun dalam pada itu sindirian sinis turut dilemparkan kepada Guan Eng apabila turut mengeluarkan kenyataan seperti berikut ..

Tahukah Yang Amat Berhormat (Lim Guan Eng) bahawa pada hari berikutnya, air mula memasuki kawasan Pasir Pekan iaitu rumah kediaman Menteri Besar, namun di dalam masa yang sama beliau masih meluangkan masa bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan urusan bantuan banjir dari Kerajaan Persekutuan. Tanpa terlupa, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO tiba di Kelantan 10 hari lebih awal dari Yang Amat Berhormat tiba di negeri ini. Tanpa prejudis, saya kira Yang Amat Berhormat sibuk urusan pentadbiran negeri dan tidaklah menjadi isu yang besar pada saat bila sekalipun Yang Amat Berhormat tiba. Lagipun jika pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjadi kenyataan, Yang Amat Berhormat tentu akan menjadi semakin sibuk.Baca Selanjutnya 

Begitulah serba sedikit aksi-aksi tuding menuding antara PAS dan DAP yang kebanyakkannya mempunyai kata-kata sinis dan berupa sindiran yang sebenarnya membuktikan kepada kita bahawa persahabatan antara kedua-duanya sudah semkin rapuh.

NAMUN jika kita perhalusi keadaan ini satu strategi baru barangkali sedang disusun dan semestinya kalau kita menyingkap kembali situasi sebelumnya pada ketika waktu pergeseran semakin sengit , kepimpinan PAS seperti Mat Sabu dan beberapa yang lainnya diam seribu bahasa !

Khususnya Mat Sabu selaku Timbalan Presiden parti seharusnyalah beliau menjadi tulang belakang dan penyokong kuat kepada dasar dan keputusan Presiden Hadi Awang namun beliau lebih banyak mengamalkan dasar PLAY SAFE nya.

Mungkin kerana beberapa keadaan yang tidak membolehkan beliau bersuara maklumlah menjadi Ahli Lembaga Pengarah PBAPP sahaja sudah cukup untuk mengikat kaki dan tangan beliau daripada menghentam majikan sendiri.

Maka jalan terbaik mereka perlu segera mencari kaedah lain dan antara kaedahnya adalah projek "Impian Kelantan" yang bakal dilancarkan esok !

Lihat dan teliti baik-baik siapa yang terlibat dan ditampilkan dalam "Impian Kelantan" ???

Maka tidak mustahillah ada sesuatu yang sedang dirancang malah kedudukan Hadi Awang selaku Presiden parti rasanya sedikit tergugat apatah lagi sewaktu MMI sedang berlegar-legar dalam talian kenyataan dan infografik ini ditemui disalah satu lama web milik mereka yang pro kepada parti PAS !!


"Saya hargai ramai yang menyatakan berdiri di belakang saya.Cuma saya bimbang bila saya paling ke belakang , tiada orang di belakang saya" satu kenyataan yang amat besar maknanya.Maka MMI tertanya-tanya apakah puak-puak PAS akan terus berdiam melihat mereka-mereka yang sudah jauh songsang dari dasar perjuangan parti menguasai dan terus melacurkan prinsip dan pendirian perjuangan parti ??


Atau sokongan tersebut hanya atas dasar cetakan di atas baju ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels