Followers

Friday, 23 January 2015

ISLAM Jangan Menang SORAK Tapi Kampung TERGADAI !!!!

Gambar menunjukkan Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang hadir dalam salah satu majlis berbuka puasa sempena bulan ramadhan yang dianjurkan oleh salah satu masjid di sekitar Pulau Pinang.

Banyak lagi gambar-gambar lain sebenarnya dan kesemuanya itu telah menjadi modal kepada puak-puak Pakatan Haprak khususnya PAS untuk bermegah.

Kononnya pemimpin DAP ini jauh lebih baik daripada mana-mana pemimpin UMNO berbangsa Melayu dan beragama Islam yang lain , maklumlah gula-gula yang ditabur selama ini dengan peruntukan sedikit besar daripada kerajaan BN sebelumnya kepada institusi agama Islam di Pulau Pinang menjadikan seluruh saf pencacai PAS dibuai mimpi.

Habis segala ceruk kampung di jelajahnya tak sabar-sabar nak mencanang bahawa Guan Eng walaupun bukan Islam tetapi faham dengan keperluan orang-orang Islam.

Rakyat pula lagilah teruja apabila pemimpin ini bersama-sama isteri taraf PRINCESSnya turut sama hadir untuk berbuka puasa bersama rakyat jelata.

"Tak mengapa aurat terjujur pun sebab mereka bukan Islam" yang penting niat mereka untuk menghormati orang Islam dan meraikan rakyat beragama Islam.

Hebat sungguh dan bermula saat itu maka timbullah pelbagai cerita disebalik tabir sehinggakan seorang pemimpin muslimah PAS pada ketika kempen sebelum PRU13 yang lalu pernah berkata bahawa Guan Eng bakal memeluk Islam sekiranya Pakatan Haprak kekal berkuasa di Pulau Pinang cuma perkara tersebut tidak mahu dihebohkan lagi.

Hebatkan ? Begitulah hakikatnya yang berlaku di Pulau Pinang , kedudukan Islam secara tersuratnya memang nampak baik tetapi secara tersiratnya ISLAM sebenarnya sedang di PERKOSA oleh banjingan-banjingan laknatullah ini.

MMI ulang ingatkan sekali lagi bahawa semenjak DAP berkuasa di Pulau Pinang isu untuk membatalkan perarakan maulidur rasul sebenarnya telah bermula sejak 2008 yang lalu.Gerakan dan cubaan ini sebenarnya dilakukan untuk melihat sejauh mana kekuatan dan suara akar umbi sama ada menerima atau menolaknya.

Jika ada sekalipun sejauh mana besar gelombangnya !

Pelbagai alasan diberikan sedangkan ianya langsung tidak mengganggu mana-mana pihak waima agama lain sekalipun dan yang menjadi DAJJALnya adalah pemimpin berbangsa Melayu dalam pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Namun kerana desakan bertali arus orang Melayu yang masih lagi mampu bernyawa maka cubaan demi cubaan itu masih GAGAL untuk diteruskan.

Kemudian kita melihat SOKONGAN yang cukup jitu diberikan oleh Guan Eng serta konco-konco DAPnya terhadap tuntutan pihak gereja untuk menggunakan kalimah Allah.Terang lagi nyata Guan Eng adalah pemimpin DAP yang paling terkehadapan menyatakan sokongannya sehinggalah baru-baru ini beliau dalam kenyataannya telah menyebut bahawa orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah Allah.

Sekali lagi orang Melayu dan Islam yang nyawa-nyawa ikan ini BANGKIT menyatakan bantahan mereka malah laporan polis juga turut dibuat dan sehingga kini masih menantikan tindakannya.

Paling panas apabila DAP sendiri menolak mentah-mentah sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang HUDUD sampaikan berlaku perang mulut diantara pemimpin DAP dan PAS.Lebih lawak pemimpin PAS pernah dihalau supaya meninggalkan Pakatan Haprak oleh DAP sekiranya masih berdegil untuk meneruskan niat melaksanakan undang-undang hudud.

Tak cukup dengan itu dicadangkan pula pilihanraya untuk melantik jawatankuasa masjid yang proses pemilihannya boleh dipertikaikan.Tindakan ini bukan sahaja tidak menunjukkan ketelusannya tetapi turut menyebabkan ada diantara jemaah pihak masjid yang berbalah.

Mungkin ianya dianggap perkara kecil tetapi secara tersiratnya mereka berjaya memecah-belahkan orang Melayu dan Islam hanya melalui pembentukan jawatankuasa masjid.

Terkini pula isu larangan azan subuh yang kembali menjadi panas apabila terdapat laporan menyatakan ada masjid di Pulau Pinang yang akur dengan bantahan orang bukan Islam di kawasan mereka.Baca Sini 

MMI tak pasti sejauh mana kesahihan dakwaan ini , namun kita jangan sesekali LALAI dan LEKA dengan apa yang sedang berlaku.

Apa jua status tentang larangan azan tersebut , kejadian serupa turut berlaku sebelum ini !

Nah ambiklah orang Melayu !!! Tidak ada gunanya ISLAM itu dipasak sebagai salah satu perkara dalam Perlembagaan Negara selagi mana masih ada pihak-pihak lain yang mempertikaikannya.

Apa guna berbangga dengan Islam sebagai agama RASMI negara sekiranya puak-puak lahanat ini BEBAS mengherdik dan membantah apa sahaja yang dirasakan mengganggu kehidupan mereka ?

Mana PENGUATKUASAAN ?????????????????

Malah beberapa insiden lain yang MMI catatkan diatas sana seharusnya membuka mata kita supaya kedudukan agama Islam sebagai agama RASMI negara selain termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA haruslah benar-benar diPERKASAKAN !

Jangan kita menang sorak tapi kampung tergadai !!!!!

Jangan sampai Melayu yang nyawa-nyawa ikan jadi kaku !!!!

MMI

3 comments:

  1. SELAGI PAS BERSAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT, semakin banyak lagi hak orang melayu dan Islam akan tergadai. Para pemimpin PAS masih berharap DAP dan PKR boleh mendengar pandangan mereka dan yakin kononnya Lim Guan Eng akan memeluk Islam tanpa melihat telatah2 dan tindakan si kapir harbi memperlekeh ugama islam serta para pemimpinnya......MASIH TAK INSAF DAN TAK MBIL PEDULI APA AKAN TERJADI SELEPAS DAP MEMERINTAH NANTI

    ReplyDelete
  2. Melayu kena sedar diri. U turn sokong UMNO untuk masa depan yang lebih terjamin.

    ReplyDelete
  3. Islam merentasi sempadan kemanusiaan. Tanoa mengira bangsa dan warna kulit. Berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja, sebab itu tuntutan agama. Bantulah kepada yang memerlukan tanpa mengira agama,bangsa dan warna kulit. Islam cantik sebab penganutnya. Islam nampak tidak cantik,tidak mesra pun kerana penganutnya. Jangan dikira yang bukan islam tidak berhijab, yang islam pun ramai belum berhijab dan sempurna hijab. Hati bersih, iman mantap,inshaa allah.

    ReplyDelete

Labels