Followers

Monday, 26 January 2015

GODAM !!!!!!!

Artikel terakhir MMI bertarikh 23 Januari 2015 bertajuk "ISLAM Jangan Menang Sorak Tapi Kampung Tergadai"  dan semenjak itu blog mahamissa.blogspot.com tidak dapat diakses oleh MMI.

Apakah ianya ada kena mengena dengan aktiviti penggodam siber yang tak senang dengan blog MMI ?

Ish apa sangatlah blog MMI ni sampai perlu digodam sebegitu rupa ?

Dalam pada tu terfikir juga apakah ianya ada kena mengena dengan tajuk artikel terakhir tu ? Ish macam-macam boleh jadi ....

Malah sejak pagi tadi ramai yang kecoh dengan serangan siber terbaru terhadap laman web milik Malaysian Airline System (MAS) mengakibatkan laman tersebut lumpuh sepenuhnya.

Laporan daripada RakyatPost menyebut laman web tersebut menjadi mangsa kumpulan penggodam yang dikenali sebagai ‘Cyber Caliphate’, kumpulan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan, Negara Islam (IS).

Laman web syarikat penerbangan Malaysia itu digodam kira-kira jam 10 pagi ini.

Laman web itu dipaut kepada imej seekor cicak memakai topi dan cermin mata satu kanta yang kemudian membawa pelayar ke akaun twitter ‘Lizard Skuad’ @LizardMafia.

Gambar latar pula menunjukkan imej pesawt MAS dengan mesej ‘404 – Plane Not Found’ (404 – Pesawat Tidak Ditemui).

Tab laman web itu turut ditulis dengan mesej ‘ISIS WILL PREVAIL’ (ISIS Akan Terus Kekal).

Maklumat daripada akaun twitter menunjukkan ia dimulakan sejak 2010 dan tiga jam sebelum ini, tertulis mesej mengatakan ‘sesuatu yang istimewa akan dibuat.’

“Melakukan sesuatu yang istimewa.

“Akan melambakkan beberapa ‘harta’ yang ditemui di rangkaian pelayan malaysiaairlines.com tidak lama lagi,” kata twit itu.- The Rakyat Post

Well setakat ini dikatakan lama web milik MAS akan pulih menjelang malam nanti dan apa jua yang berlaku kita jangan sesekali ambil mudah kerana siapa pun sama ada individu mahupun kumpulan yang melakukan serangan ini punya agenda tersendiri.

Jangan lupa melumpuhkan rangkaian komunikasi mahupun rangkaian internet adalah salah satu daripada serangan terkini yang mampu mengundang musibah kepada pihak yang diserang.

So MMI harap pihak berwajib harus siasat dan ambil langkah-langkah yang perlu !!

Berkenaan blog MMI , ampa semua jangan risau .. artikel ni bukti blog MMI dah kembali dan secara jujurnya MMI memang diserang VIRUS yang cukup membahayakan.

VIRUS deman dan selsema yang telah menyebabkan seluruh rangkaian sistem badan MMI menjadi lemah selemahnya sampaikan nak akses blog pun tak mampu.

Hihi jangan marah na .. nampak macam melawak tapi kena ingat demam selsema dengan batuk berterusan adalah satu satu virus yang membahayakan dan mampu mengundang musibah.

So kepada semua jaga diri !!!

MMI

1 comment:

  1. Blog Tuan sudah dipautkan , refer di list ParaTroopers 2 .. Welcome

    ReplyDelete

Labels