Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan orang bukan Islam berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam.
“Setelah diselidiki wakil pihak pengurusan masjid mengesahkan bahawa perkara itu terjadi ekoran aduan yang diterima oleh masyarakat bukan Islam di situ.
“Walhal, selama berpuluh tahun ini, seruan azan yang berkumandang dengan menggunakan pembesar suara dilakukan tanpa sebarang halangan di masjid tersebut termasuk di masjid-masjid seluruh negara,” katanya dalam satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Jelas surat yang bertarikh pada 20 Januari lalu, perkara itu amat mengecewakan serta mencemarkan martabat agama Islam sebagai agama persekutuan.
"Azan merupakan lambang utama dan ibadah kepada umat Islam. Seperti yang YDP sedia maklum, fungsi azan itu sendiri adalah untuk menyeru dan memanggil umat Islam menunaikan solat.
“Jika seruan azan itu tidak dilakukan, maka apakah fungsi azan itu dapat dicapai. Malah dalam agama Islam, telah disunatkan agar dikuatkan seruan azan supaya masyarakat sekitarnya dapat mendengar,” ujarnya - FMT
Komen MMI ... KITA tidoq lagi , SELESA lagi , SENYUM lagi !!!!
Akan ulas di artikel seterusnya
MMI
Mula mula azan subuh lepas ni ????????? ,fikirkan sama sama
ReplyDeletemacam duduk kat hong kong pulak.....oh tanah air ku....
ReplyDeleteMana UNIT AMAL....takkan nak tunggu LGE beri arahan baru nak bertindak....
Ini semua salah .........? cer teke.
bodoh..nak takut ape? agama rasmi negara ni agama Islam
ReplyDeleteyg hagpa dok laut dengaq ckp depa sp suruh? hang lbh takut ngan org kapiaq drpd murka Allah? bodo piang
Di mana "pejuang-pejuang Islam" PAS? Tak nak demonstrasi dan guling-guling atas jalan ke untuk lawan kafir harbi?
ReplyDeleteNegara islam tp tunduk pada kafir
ReplyDelete