Followers

Friday, 30 January 2015

JAHARA Bidas Guan Eng Selesaikan Dulu Masalah PARTI !!!

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, adalah lebih baik Dap menumpukan kepada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang masih tidak selesai daripada sibuk untuk melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jelas beliau, sehingga kini kata putus mengenai pemilihan CEC masih menjadi tanda tanya.

“Rakyat masih menunggu apakah keputusan sebenar CEC? Adakah pemimpin-pemimpin Dap masih sah menjawat jawatan yang ada atau bagaimana… Inilah isu sebenarnya yang harus diberi keutamaan oleh Dap kerana ianya melibatkan masa hadapan parti.

“Pemilihan parti sendiripun kucar-kacir tapi ada hati pula hendak mengadakan pilihan raya PBT,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, Dap sebenarnya terlalu taksub ingin menunjukkan bahawa mereka adalah pentadbir dan pemerintah yang baik selain berhasrat ingin memajukan Pulau Pinang dengan cepat.

Kerana terlalu ingin mencapai hasrat yang keterlaluan itu tegasnya, mereka sedikitpun tidak mengendahkan risiko yang bakal timbul.

“Sikap rakus Dap ini jelas bukan sahaja boleh merosakkan negeri Pulau Pinang malah menyusahkan rakyat. Tapi malangnya dek kerana sikap kuku besi, pendapat dan pandangan rakyat sedikitpun tidak dipandang.

“Apa yang mereka hajati, itulah yang mereka akan laksanakan walau terpaksa mengorbankan rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar bersikap tegas dan segera mengisytiharkan status terkini pemilihan CEC selepas parti itu terus berdiam diri.

“ROS perlu bertegas kerana ini melibatkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri sebagai Setiausaha Agung Dap.

“Ketika Lim Guan Eng menandatangi watikah pilihan raya ketika membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas PRU13 lalu, status CEC DAP masih belum disahkan. Jadi, adakah watikah pelantikan itu sah atau tidak… Inilah yang dipersoalkan kini.

“Jadi saya ingin bertanya kepada Dap, sekarang ini yang manakah lebih penting, pilihan raya PBT atau pun pengesahan CEC itu sendiri,” jelasnya. - MediaUMNO.

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels