Followers

Friday, 30 January 2015

Di Mana Yang JIWA RAKYATNYA ???

Bagi kebanyakkan penduduk di Pulau Pinang sudah barang pasti pernah mendengar ucapan berdegar-degar si Ketua Menteri Pulau Pinang ini dalam mana-mana program anjuran kerajaan negeri dan Pakatan Haprak.

Jika diikutkan anak cina Melaka ini sewaktu kemunculnnya di Pulau Mutiara pada 2008 yang lalu bukanlah seorang pemimpin cauvinis yang mampu berucap dengan baik.

Namun kerana mahu menguasai minda dan jiwa orang-orang Melayu beliau terus sahaja berucap dan antara ayat yang pernah melelehkan hati nurani orang Melayu sebelumnya untuk menyokong Pakatan Haprak adalah beliau akan memimpin sebuah kerajaan BERJIWA RAKYAT !!!!

Gegak gempita seluruh pulau dengan sorakan dan tepukan warga Pulau Pinang kerana masa dan saatnya sudah tiba untuk memilih sebuah kerajaan yang benar-benar mampu memahami hasrat dan keperluan rakyat khususnya warga marhain.

Namun semuanya tidak lama , kini setelah masuk 2 penggal DAP menguasai Pulau Pinang segala-galanya sudah terserlah ! Topeng yang selama ini digunakan tidak lagi menjadi perkara penting dan kata-kata manis selain janji dulunya tidak lagi menjadi sesuatu yang WAJIB untuk dipenuhi kerana kuasa yang dimiliki hari ini sudah cukup untuk mereka berdiri sendiri !!!!

Inilah kesilapan utama orang Melayu di Pulau Pinang bahkan pernah berlaku mereka-mereka yang dulunya bertepuk sorak kerana dihadiahkan sebuah gelanggang badminton kini menangis merayu-rayu kerana bukan sahaja gelangang , habis segala rumah dan tanah dirampas oleh rajim DAP yang semakin rakus.

Apa lagi yang mampu dilakukan oleh Melayu-Melayu ini ?

Kini setelah pelbagai beban melalui pengenalan serta kenaikan caj-caj di Pulau Pinang , warga Pulau Mutiara dan mungkin seluruh rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pengenalan bayaran masuk untuk melawat tapak warisan sejarah Fort Cornwallis yang sebelum ini PERCUMA !!

Di mana yang jiwa rakyatnya ?

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan kepada rakyat kaedah yang digunakan di dalam pemberian tender kepada syarikat Ewein Berhad bagi menguruskan tempat pelancongan Fort Cornwallis.

Tegas beliau, sepatutnya syarikat yang bakal dilantik haruslah dipilih melalui tender terbuka. “Kerana itulah saya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan kerana ini melibatkan rakyat. 

 “Dahulu tempat pelancongan ini boleh dikunjungi tanpa sebarang bayaran tetapi kini pengunjung terpaksa membayar sekiranya mengunjungi kota Fort Cornwallis. Syarikat tersebut diberikan hak untuk mengutip bayaran masuk, bayaran letak kenderaan dan bayaran sewa pusat penjaja bagi menampung bayaran sebanyak RM30,000 sebulan yang kepada kerajaan negeri. 

 “Adakah ini cara kerajaan negeri pimpinan Dap membayar kepercayaan rakyat kepada mereka? Dahulu mereka sering menyebut untuk membela nasib rakyat. Sering menyalahkan dan menuduh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak menjaga kebajikan rakyat. Tetapi kini terbukti mereka hanya pandai menanam tebu di tepi bibir…. Rakyat sudah kena tipu,” ujarnya kepada UMNO-Online

Macam mana warga Pulau Pinang boleh tertipu ?

Well salah satu alasan yang boleh kita terjemahkan adalah sokongan kuat Melayu dalam PAS dan PKR !!! Itulah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan diatas.

MMI

2 comments:

  1. Padan dah muka muka melayu penang..bodoh piang

    ReplyDelete
  2. Bagilah Melayu peluang sekali lagi..

    Pastikan lain kali Cina +Melayu+ India tolak lim guang eng kerana menipu & sudah tidak lagi terbang kelas ekonomi, menukar kereta banyak kali,, roboh kampong untuk rumah orang kaya, lantik keluarga jadi kerrajaan..

    ReplyDelete

Labels