Followers

Wednesday, 28 January 2015

Kenapa Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jadi Pilihan DAP !!

Ada pepatah mengatakan "Apabila diberikan betis nakkan paha pula" dan dalam keadaan tertentu bukan setakat betis yang digigitnya tetapi dengan paha-paha sekali kena baham !

Begitulah perumpamaan yang wajar kita berikan kepada puak-puak cauvinis DAP hari ini memandangkan nafsu tamak haloba mereka semakin hari semakin bergelora.

Kalau disamakan dengan cerita cereka pontianak barat , maka sudah pastilah pontianak-pontianak ini sedang mengelupur kerana dahagakan darah !

Di Malaysia lain plotnya kerana puak cauvinis ini sedang dahagakan KUASA !!!!

Isu pilihanraya PBT ini sebenarnya adalah satu usaha terancang yang punya agenda tersendiri.Seolah-olah ada isyarat yang sedang disebarkan kepada pihak-pihak tertentu diluar sana bahawa gerakan untuk terus memperkukuhkan kedudukan kini sedang diusahakan.

Jauh dibenak hati MMI sendiri merasakan ada sokongan pihak luar yang menyusun atur gerakan-gerakan ini agar ianya bertali arus menjadi isu politik yang diperdebatkan.Tujuan mungkin satu untuk melihat orang Melayu berpecah seperti mana mereka pernah lakukan sebelum ini dalam proses pilihanraya masjid.

Tak perlu dihuraikan panjang lebar kerana proses tersebut sudah pun menyebabkan orang-orang Melayu berbalah sesama sendiri.

Bagi mereka yang menjadi pencacai penyokong DAP terus sahaja menggunakan peluang tersebut untuk melebarkan pengaruh dan kuasa terhadap pengurusan masjid walaupun hakikatnya ada diantara mereka bukanlah penduduk asal dikawasan.

Keterujaan itu berterusan kerana puak penjilat tegar DAP begitu inginkan penguasaan terhadap masjid-masjid ini bagi memudahkan usaha mereka membawa masuk ideologi politik ke dalam program-program yang dianjurkan.

Sikap pentingkan diri inilah yang telah menjadi titik tolak kepada DAP memperkemaskan strategi mereka dengan merangka perancangan seterusnya.Disaat ini semuanya nampak sedikit mudah kerana DAP sudah tahu dimana kelemahan orang-orang Melayu.

Keinginan dan agenda DAP begitu jelas dan kita sudah pun melihat gerakan pertama itu berlaku ! 

Tuntutan agar kerajaan DAP Pulau Pinang diberikan kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang disuarakan oleh seorang pemimpin DAP bernama Zairil Khir Johari baru-baru ini adalah BUKTI jelas mereka tahu apa yang sedang mereka lakukan.Baca SINI 

Setelah itu ianya disusuli dengan tindakan Guan Eng dan seluruh pasukan cauvinisnya yang telah meluluskan usul enakmen undang-undang pilihanraya kerajaan tempatan yang kemudiannya terhalang apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan yang digubal semasa era darurat jelas menunjukkan sidang dewan undangan negeri tiada hak melaksanakan pilihanraya bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.


Lihatlah bagaimana kerakusan DAP apabila mereka diberikan sedikit kuasa untuk memerintah !!

Dalam masa yang sama , DAP sanggup menyerang rakan sendiri iaitu PAS apabila Presidennya menolak cadangan PBT.

Semuanya kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa tindakan DAP mahu mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menimbulkan polarisasi kaum yang akhirnya boleh mengulangi tragedi berdarah 13 Mei. 

Beliau berkata DAP membuat 'kesilapan' dengan mempertimbangkan aspek penduduk bandar sebagai matlamat utama untuk mereka menang dalam pilihan raya dalam tempoh yang singkat. 

"Kita tidak boleh mempertimbangkan kemenangan politik dan penguasaan ekonomi satu pihak sahaja dalam sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum

"Kita tidak seharusnya mencadangkan sesuatu yang akan hanya menyebabkan ketidakstabilan, dan meluaskan lagi jurang antara penduduk bandar dan desa.

"Lebih buruk lagi, ketegangan sedemikian boleh mengakibatkan berulangnya tragedi 13 Mei, yang kekal sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara kita," kata Hadi dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Baca juga artikel berkaitan di SINI & SINI 

Kita tahu selepas Pakatan Haprak kalah dalam PRU13 . pelbagai versi cerita-cerita politik dijaja oleh mereka dan antaranya adalah berkaitan undi popular.Kenapa isu undi popular dicanang sedangkan Pakatan Haprak sendiri tahu dan telah faham sistem pilihanraya yang digunakan oleh kerajaan Malaysia semenjak negara mencapai kemerdekaan ?

Tidak lain dan tidak bukan bagi membangkitkan rasa benci rakyat kononnya kerajaan BN melakukan penipuan !!!

Kini mereka kembali lagi , menuntut kuasa autonomi untuk Pulau Pinang yang mereka sendiri tahu begitu sukar untuk dicapai.Maka gerakan seterusnya adalah mengadakan pilihanraya PBT kerana dengannya mereka dapat terus memperkukuhkan cengkaman REJIM DAPigs dan terus menekan kaum bumiputera yang akhirnya akan dijadikan alasan untuk BEBAS dari bumi Malaysia !!!

Maka jelas semuanya dirancang sebegitu rupa kerana mereka ada agenda tersendiri dan semestinya mereka begitu inginkan kedudukan sebagaimana rakan mereka diseberang tambak Johor.

MMI

1 comment:

  1. Orang Melayu kan majoriti kat 90% kawasan bandar? Apa masalahnya?

    Orang Melayu kawasan bandar tak boleh diharap ke?

    ReplyDelete

Labels