Followers

Wednesday, 28 January 2015

Mampukah HADI Sedar Dari ROMANCINTANYA ??

Perhubungan mereka bukanlah kerana perasaan CINTA yang berputik seperti mana sang jejaka terpegun melihat keayuan si dara.

KASIH yang disemai itu juga bukan kasih yang saling melengkapi kerana di dalamnya tidak ada rasa SAYANG !

ERAT gengaman tangan mereka juga bukanlah kerana mengalirnya rasa RINDU yang teramat sangat.

Malah PELUKAN mereka juga kadang kalanya mengundang rasa semacam mereka-mereka yang melihatnya.

CUMBUAN mereka .... Ish MUNGKIN tidak sampai ke tahap itu agaknya !!!

Walau apa pun semua itu seolah-olah satu lakonan yang dibuat-buat sedangkan hakikatnya masing-masing punya citarasa yang amat berbeza.ROMANCINTA ini hanya melengkapi dalam hal-hal tertentu tetapi berbeza kamar tidurnya apabila ada perkara-perkara yang menggugat si KAFIR LAKNATULLAH !!

Begitulah senarionya hubungan antara pemimpin tertinggi PAS ini dengan rakan-rakannya dalam PKR dan DAP.

Malah jika PAS itu adalah si DARA jelita yang cantik gebu dan mulus , sudah barang pasti maruahnya sudah lama di robek-robek dan mungkin juga menjadi mangsa LIWAT seorang bekas banduan yang begitu inginkan kedudukan tertentu.

Mereka tidak pernah sehaluan dan sejauh mana mereka bergandingan sekalipun PENGAKHIRAN kini sudah semakin hampir.

Hubungan songsang ini sudah tidak lagi mampu dilindungi , disebabkan HAWA NAFSU maka PAS kini menerima azabnya.

Hadi Awang bukan sahaja ditempelak oleh pasangan CINTANYA , kini turut dikecam oleh anak didik sendiri malah pertikaian demi pertikaian disebabkan tindak tanduk mereka menyebabkan Presiden PAS ini semakin hilang sabar.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang membidas kerajaan negeri Kelantan sebagai lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa musibah banjir yang melanda negeri itu adalah BUKTI bahawa ada sesuatu yang terpendam begitu lama dalam jiwa para pelakon DAP selama ini.

Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata semasa banjir besar berlaku, keadaan yang berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yang wujud. Kerajaan yang ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa apa utk menyelamatkan mangsa mangsa banjir. 

Menurut LIM lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dengan dasar pentadbiran yang bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yang boleh membuat kerja untuk rakyat. 

Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan. 

Lihatlah betapa sombong dan angkuhnya pemimpin DAP ini walaupun hakikatnya beliau sendiri GAGAL untuk mentadbir Pulau Pinang dengan baik.Semua pihak sedia maklum Pulau Pinang juga tidak terlepas daripada masalah banjir kilat dan jika mahu dihitung siapa sebenarnya yang lebih GAGAL maka kenyataan BANGSAT lagi memualkan si Ketua Menteri ini adalah kayu ukurnya.


Dalam masa yang sama tindakan Hadi Awang yang telah mencetuskan amarah kumpulan PASMA turut menjadi bahan pasukan sendiri untuk terus menghukum beliau.

Hadi yang tidak menyokong penubuhan PASMA kini dipertikaikan dan sudah terbau usaha-usaha untuk mengaitkan Hadi dengan parti UMNO bagi menyemarakkan lagi rasa benci penyokong tegar PAS yang masih mahu terus melacurkan diri kepada Pakatan Haprak.

Pasma yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika Pas dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.

Pertubuhan atas nama NGO ini yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.

Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tidak cukup dengan itu , penolakan Hadi terhadap perancangan DAP untuk mengadakan pilihanraya PBT amat tidak disenangi oleh kepimpinan cauvinis ini dan mereka melihat penolakan ini sebagai sesuatu yang cukup serius apatah lagi Hadi turut mengulangi perkataan KERAMAT 13 Mei yang menjadi igauan ngeri kepada DAP !!

SEWAJARNYA kesemua yang diatas sudah cukup untuk dijadikan sebagai PERINGATAN bahawa PAS di bawah kepimpinan Hadi Awang tidak lagi perlu bersama dengan Pakatan Haprak !

SEDARLAH !! Dengan segala plot penceritaan dalam cereka Pakatan Haprak yang menghiasi kalendar 2014 sudah menunjukkan kepada Hadi bahawa beliau harus segera menyelamatkan parti kedua terbesar milik orang Melayu itu.

Dengan segala pertikaian , penghinaan dan tempelak yang dihumbankan terhadap Hadi , beliau seharusnya BANGKIT dengan pendirian yang terpasak kukuh dalam jiwanya sebagai seorang ISLAM !

Jangan lagi berbohong kepada diri sendiri kerana pembohongan itu bakal mengundang padah !!

Mapukah Hadi sedar dari ROMANCINTANYA ??????

MMI

2 comments:

  1. Kami sokong Presiden TGHHadi dan Mursyidul TGNA. Tuan Presiden dan Tuan Mursyidul, Please Proceed dengan tujuan asal penubuhan PAS. Tinggalkan je Mat Sabu, Pahrolrozi, dan Pasma kat tepi jalan. Biar mereka naik bas DAP (senang untuk mereka yam seng dan dinner.... dengan kawan2 yang tak ikut Al-Quran dan Sunnah Rasul). (Rakyat Hakim dan Pemantau Negara).

    ReplyDelete
  2. PERHUBONGAN PAS DGN DAP ADALAH ATAS RASA SAKIT HATI PAS KPD UMNO. ITU SAJE. BIAR PUN PAS DIHINA, DIMAKI HAMUN , MEREKA PEKAKAN TELINGA. HAKIKATNYA PERJUANGAN PAS BUKAN KERANA ALLAH TAPI KERANA HASUTAN SYAITAN

    ReplyDelete

Labels