Followers

Monday, 19 January 2015

Nik Aziz UZUR Rasanya Eloklah BERSARA Dari Politik


Nik Aziz kini sedang uzur dan sedang berehat di rumah.Kesihatannya tidak begitu baik dan kerana itu beliau perlu berehat tanpa diganggu.

Walaupun berbeza ideologi politik sebagai saudara seagama MMI doakan semoga Nik Aziz cepat sembuh daripada sakitnya.

Dan mungkin dah sampai masanya untuk Nik Aziz memikirkan tentang persaraannya secara total daripada dunia politik.

Berikut adalah kenyataan daripada Nik Abduh ..

Status Kesihatan Ayahanda:

Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya Allah.

Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya.

Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.

Terima Kasih.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anakanda.
28 Rabiul Awwal 1436/19/1/2015

BEREHATLAH dan lakukanlah apa yang sewajarnya dan serahkan urusan politik kepada mereka yang jauh lebih mampu pada hari ini.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels