Followers

Monday 26 January 2015

Ramai Yang BISING Bab ROTAN Tapi ....

Dua tiga hari kebelakangan ini isu rotan kembali menjadi perbualan banyak pihak apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mencadangkan agar setiap perlakuan rotan itu akan disabitkan dengan kesalahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Maksudnya tindakan merotan tidak boleh dilakukan walaupun ianya menimbulkan pertikaian orang Islam memandangkan merotan dalam mendidik anak-anak adalah dibenarkan oleh agama Islam.

Maka berbondong-bondonglah orang-orang kat luar sana mempertikaikan cadangan kementerian terbabit sampaikan ada yang nak merotan pula si menteri terlibat.

Macam-macam hal !!! 

Tapi semua tu rasanya dah selesai apabila kementerian terlibat tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya..
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK 
1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.
2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);
ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);
iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan
iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.
3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.
4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.
5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.
6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.
7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.
Disediakah oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 1087
Well MMI harap perkara ni boleh selesai dengan penjelasan di atas sebab bukan isu pun sebenarnya cuma salah pemahaman.Maka yang kat luar sana tu janganlah dipanjangkan lagi benda yang dah selesai ni.

Hebat orang kita kerana keprihatinan andalah maka kesilapan-kesilapan sebegini dapat diperbetulkan CUMA MMI terfikir kenapa kita hanya hebat dalam hal sebegini sedangkan ada lagi perkara yang berlaku saban hari tidak pula kita ambil SERIUS !!

Ramai lagi orang Melayu dan Islam kita yang kat luar sana masih belum BERTUDUNG dan MEMBUKA AURAT !!!

KENAPA KITA TAK NAK VIRALKAN PERKARA NI SETIAP HARI ?

Semalam MMI singgah makan kat salah satu kedai ikan bakar di kawasan ... Dalam ramai-ramai pelanggan tu ada yang tak bertudung siap duduk semeja dengan keluarga masing-masing !! 

Bab tayang badan dengan lurah punggung tu jangan cakaplah !!!

Malah yang lebih mengejutkan ada diantaranya yang pakai baju dengan kain jarang sehingga menampakkan coli dengan jelas sekali !! 

Bila diperhatikan dia tu orang Melayu !!! Melihat kepada si suami jelas mereka adalah orang Melayu dan ISLAM !!!

Nak tanya jer , kenapa bab ni kita banyak diam ???????

Psst MMI tak gamak nak ambil gambar !!!!

MMI

2 comments:

  1. Maaalahnya..
    Yg bunyu tu.. yg jaga bini elok2.. jaga anak2 dgn elok.. jaga solat

    yg x jaga bini smpi nmpk coli n lurah.. dok diam2 jer..
    X pun jd blogger.. tibai org.. mcm abg blogger ni lah kot

    ReplyDelete
  2. Sibuk2 nak rotan anak...tu penzina tu..bila nak rotan dan rejam?

    ReplyDelete

Labels