Pastinya situasi begini adalah lumrah bagi sesiapa pun tatkala ingin mengabadikan kenangan di tempat-tempat menarik di seluruh dunia.
Sebenarnya warga dunia cukup sporting khususnya apabila ada mana-mana pihak meminta tolong menangkap gambar dan ia merupakan satu kebiasaan.
Namun bagi pasangan daripada negara Jerman ini pastinya pengalaman itu adalah sesuatu yang amat berharga kerana orang yang mereka minta untuk menangkap gambar itu adalah Menteri Pertahanan Malaysia.
Situasi menarik ini berlaku pada ketika Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sewaktu lawatanya ke pusat pelancongan terkemuka dunia kompleks kuil Angkor Wat , Kemboja bersama-sama dengan beberapa rakan dan pegawai Kemboja secara tiba-tiba telah disapa oleh pasangan terbabit serta meminta beliau untuk mengambil gambar.
Secara spontan dan sambil tersenyum beliau terus sahaja mengambil kamera dan merakamkan gambar pasangan terbabit.
Sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Hishammuddin itu kemudiannya mendapat pujian daripada orang ramai khususnya dalam media sosial apabila gambar terbabit di muat naik melalui akaun facebook miliknya.
Walaupun diiringi oleh para pegawai daripada kerajaan Kemboja , tindakan Datuk Seri Hishammuddin secara tidak langsung telah memberikan imej yang baik kepada negara Malaysia.
Dan sikap serta keperibadian beginilah yang sewajarnya ada pada setiap pimpinan dalam negara kita.
SYABAS Datuk Seri Hishammuddin .. Good Job Sir !
No comments:
Post a Comment