Followers

Saturday, 21 February 2015

Hebat Sangat Ker Barisan Peguam Puak Pembangkang Ni ???

Masih berkisar kepada hal melibatkan Anwar Ibrahim , seperti biasa peliwat itu sudah pun dan sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Walaupun keadaan Penjara Sungai Buloh pada hari ini boleh diibaratkan sebagai tokong atau berhala baru kepada para juak pembangkang yang setia dengan agama baru mereka , keadaan Anwar Ibrahim tetap sama seperti mana banduan-banduan lain yang sedang menjalani hukuman.

Keadaan itu pula langsung jauh berbeza daripada cerita pemimpin dunia seperti Nelson Mandela , Mahatma Gandhi yang turut sama menjalani hukuman penjara.Mereka-mereka ini dipenjarakan kerana perjuangan manakala Anwar Ibrahim dipenjara bukan sebab perjuangan tetapi kerana nafsu songsangnya MELIWAT !!!

Ish jauh benar bezanya tu .. tak sama langsung bro !!!

Apa pun dalam semua keadaan diatas MMI yakin ada satu persamaan iaitu kehadiran peguam bagi mewakili diri masing-masing.Sama ada kehadiran itu berlaku dalam kamar mahkamah atau waktu-waktu tertentu peranan itu tetap ada.

So nak bandingkan peguam-peguam ni pula ker ??

Bukanlah !! Yang MMI nak kongsikan disini adalah sejauh mana hebatnya puak-puak barisan peguam yang mewakili Anwar dan dalam masa yang sama mereka-mereka yang mengaku peguam tetapi pro secara terang-terangan kepada pembangkang.

Kalau nak cerita satu persatu rasanya terlalu panjang , maka MMI putuskan untuk rangkumkan sekali supaya lebih ringkas.

Selama hampir 7 tahun kes liwat itu dibicarakan malah puluhan penangguhan kes telah dibuat dan kalau diikutkan daripada siri jelajah serta ceramah yang dihadiri sendiri oleh si peliwat sewajarnya keputusan akhir harus memihak kepada Anwar Ibrahim.

Soalnya kenapa itu tidak berlaku ??? 7 tahun tu bro !! Bukan satu jangka masa pendek yang boleh kita jadikan alasan tertinggal atau terlepas pandang di mana-mana !!

Yes hakikatnya perlakuan liwat itu berlaku dan ia berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwa tetapi berdasarkan kepada penafian Anwar serta sokongan daripada konco-konconya di setiap ruang adalah sesuatu yang mustahil Anwar GAGAL di mahkamah !!

Apakah yang menyebabkan keGAGALAN ini ???

Kepada keluarga Anwar Ibrahim dan seluruh macai pembangkang terimalah hakikat bahawa barisan peguam Anwarlah yang sebenarnya menyumbat Anwar ke penjara dek kerana KEGAGALAN mereka sendiri.

Mereka langsung tidak berupaya untuk membangkitkan sebarang BUKTI yang boleh dijadikan point untuk membela Anwar Ibrahim.Malah mereka turut sama dilihat GAGAL menasihati Anwar agar melakukan perkara-perkara tertentu di kamar mahkamah bagi membela dirinya.

Membiarkan Anwar membebel dengan hujah-hujah politik atau kegagalan barisan peguam Anwar untuk meyakinkan beliau supaya jangan menjadikan kamar mahkamah sebagai pentas ceramah politik adalah satu KEGAGALAN paling ketara yang WAJIB diketahui oleh macai-macai pembangkang.

Mereka mengaku hebat untuk mempertahankan Anwar tetapi di mana hebatnya mereka jika perkara sedemikian pun tidak mampu diuruskan ?

Tak cukup dengan itu ada lagi insiden melibatkan peguam pro-pembangkang yang amat memalukan sekali apabila tindakannya langsung tidak menunjukkan tahap profesionalisme yang sepatutnya ada pada diri setiap peguam.

Isu menghina mahkamah merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Christopher Leong bertajuk 'Datuk Seri Anwar Ibrahim: Prosecuted or persecuted?' yang disiarkan dalam MalayMail pada 11hb Februari 2015.

Yang sangat memalukan ialah Christopher Leong an The Malaysian Bar mengaku tidak membaca dokumen penghakiman Mahkamah Persekutuan dan bergantung kepada laporan media sahaja ! Hahaha bodoh rupanya ... Peguam apa ni ??? Baca ulasan blogger Dr MiM kat SINI.

Banyak lagi kepincangan yang berlaku sebenarnya tetapi cukuplah kalau MMI kata barisan peguam yang membela Anwar adalah pasukan haprak yang langsung tidak faham atau buat-buat tak faham dengan apa yang berlaku.

Sewajarnya puak macai pembangkang dan seluruh rakyat Malaysia perlu sedar bahawa barisan peguam ini sebenarnya tidaklah sehebat mana , mereka GAGAL bro !! So kalau ada keinginan untuk ambil peguam selepas ini cari sahaja peguam lain.

Seperkara lagi yang harus kita segera sedar adalah akibat daripada KEGAGALAN inilah ditambah dengan rasa MALU yang teramat sangat maka usaha dan gerakan sedang disusun untuk menyerang kredibiliti Tan Sri Shafiee selaku pihak pendakwa dalam kes liwat Anwar.

Lihat sahaja lalakan puak-puak pembangkang apabila Tan Sri Shafiee hadir serta mengikuti jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan tentang perjalanan kes liwat Anwar Ibrahim berdasarkan fakta-fakta pertuduhan SETELAH PIHAK MAHKAMAH MEMBUAT KEPUTUSAN !

Mereka semacam cacing kepanasan ! Soalnya kenapa ? Bukankah selama ini pihak kamu (pembangkang) bebas berceramah dan mengadu domba di sana sini ?

Ada sesiapa yang menghalang ?

Soalnya kenapa perlu bimbang dengan kehadiran Tan Sri Shafiee ?

Well inilah yang MMI nak maklumkan sebenarnya bahawa Tan Sri Shafiee adalah seorang peguam TERBAIK yang telah berjaya melakukan tugas dan amanahnya berdasarkan BUKTI-BUKTI serta FAKTA yang menepati dengan proses perundangan negara.

Dalam kes liwat Anwar , Tan Sri Shafiee berjaya membuktikan bahawa perlakuan LIWAT itu berlaku  !!!

Jadi untuk mengelak daripada terus dicemuh kerana kegagalan mereka (peguam Anwar) , maka pembangkang perlu melakukan sesuatu kerana kehadiran Tan Sri Shafiee telah berjaya membuatkan seluruh rakyat FAHAM tentang apa sebenarnya yang berlaku.

PALING PENTING banyak perkara aib tentang Anwar terlondeh !!!!

MMI

2 comments:

  1. Saya pun tak faham kenapa barisan peguam Anwar membiarkan Anwar membebel tentang konspirasi politik dalam kandang tertuduh sekiranya apa yang dilakukannya itu tidak mendatangkan sebarang nilai yang dapat menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Modal dah habis bro..hampir 7 tahun dok jaja benda yg tak betul...apa yg tinggal lagi..

      Delete

Labels