Followers

Friday, 27 February 2015

Christopher Leong Lu Tunggu Apa Lagi ???

Beliau adalah sebahagian daripada mereka yang menyokong penuh tuntutan supaya Akta Hasutan di maksuhkan.

Sebagai peguam , rasanya mereka sewajarnya adalah kumpulan yang lebih peka daripada orang biasa untuk melihat sesebuah negara itu bebas daripada ancaman mahupun perlakuan jenayah.

Tetapi masyarakat Malaysia disajikan dengan cerita lain , kononnya akta hasutan yang selama ini menjadi benteng kepada keselamatan negara dan rakyat diwar-warkan sebagai akta yang mencemar hak serta kebebasan rakyat.

Secara tersuratnya kita dimomokkan dengan kepentingan membela hak individu berdasarkan kebebasan bersuara namun secara tersiratnya tindakan sedemikian sebenarnya punya agenda yang jauh lebih besar.

Sikap yang ditunjukkan oleh puak-puak ini sebenarnya boleh dipertikaikan !

Kehadiran mereka dalam dunia perundangan dan dalam masa yang sama menjadi penyokong kuat kepada pembangkang yang langsung tidak berprinsip di Malaysia adalah BUKTI betapa mereka-mereka inilah yang sebenarnya sedang merosakkan keseluruhan struktur dan integriti institusi kehakiman dalam negara kita.

Sebagai peguam , sewajarnya mereka adalah orang pertama yang WAJIB mengakui serta menghormati tiap keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah diseluruh negara.Jika ada sebarang pertikaian sekalipun mereka jauh lebih tahu bahawa ada saluran yang lebih efisien untuk membuat semakan mahupun rayuan berdasarkan kes-kes tertentu.

Namun setelah semua itu diguna pakai , mereka masih lagi kekal dengan pendirian menolak keputusan mahkamah dan masih berpegang kepada kepercayaan bahawa wujud konsprasi khususnya dalam kes liwat II membabitkan Anwar Ibrahim.

Ketegasan yang akhirnya memakan diri itu bukan sahaja menjadi BUKTI betapa mereka sudah jauh terpesong daripada kriteria sebagai pengamal undang-undang dalam negara tetapi menjadi alasan KUKUH kepada kita bahawa mereka ada agenda POLITIK yang cukup membahayakan.

Christopher sebelum ini mengatakan, wujud beberapa perkara janggal dalam tuduhan Liwat II yang membangkitkan persepsi bahawa Anwar dianiaya.

Justeru itu dengan pelbagai alasan , beliau dilihat menolak pelawaan debat bersama Tan Sri Shafee walau pun diberikan peluang untuk berbuat demikian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebagai presiden Majlis Peguam, Christopher sepatutnya menyanjung dan mempertahankan sistem kehakiman yang sedia ada di negara ini, bukannya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan mengenainya. 

Sehubungan itu, Shabery berkata pengamal undang-undang itu perlu mengemukakan hujah pada platform yang akan disediakannya. 

"Sekiranya dia (Christopher) masih bertegas menyatakan (kes liwat) ini adalah konspirasi politik dan sebagainya, dia mesti menunjukkan hujahnya. 

"Sebab itu kita kata, kami bersedia untuk anjurkan perdebatan antara Shafee yang mengetahui kes ini dengan mendalam. 

"Ini bukan soal nak menentukan Anwar bersalah atau tak, kerana itu sudah diputuskan. Tetapi dalam aspek soal pentadbiran kehakiman, ia perlu dijawab terutamanya oleh Majlis Peguam tentang bagaimana kes ini telah ditadbirkan (dijalankan)," katanya.

Baling batu sembunyi tangan !! PENAKUT rupanya ....

Disebabkan sikap itu juga maka 100 orang peguam sudah menurunkan tandatangan dalam satu petisyen mendesak Presiden Bar Council ini untuk meletak jawatan atau menghentikan penghinaan kepada Mahkamah Persekutuan.

Petisyen melibatkan 100 orang peguam itu hanya dilakukan dalam tempoh 2 hari sahaja dan ini membuktikan betapa Christopher Leong di tolak oleh majoriti barisan peguam sendiri.

Sokongan hebat itu memberi isyarat jelas kepada Presiden Bar Council supaya jangan lagi sewenang-wenangnya memberi kenyataan seolah-olah mewakili seluruh peguam negara.

Dengan jelas mereka mengatakan bahawa jika pimpinan Bar Council masih ingin menguji kesabaran majoriti peguam, nantikan kebangkitan peguam seluruh negara yang kini sudah hilang sabar dengan karenah mereka yang sudah semakin jauh tersasar dengan fungsi sebenar penubuhan badan itu.

Sewajibnya Bar Council bertindak ‘without fear or favour’ iaitu tanpa rasa takut dan pilih kasih, apatah lagi menunjukkan kecenderungan melulu dalam menyokong hanya satu pihak dalam mana-mana perbicaraan.

Ingatlah falsafah sebenar kepeguaman iaitu kehadiran peguam di mahkamah ialah sebagai ‘pegawai keadilan dan kebenaran’ bagi membantu mahkamah ‘meletakkan kebenaran di tempatnya’ dan tidak sekali-kali akur ‘menegakkan benang basah bagi pihak anak guamnya’.

Well semua yang diatas adalah BUKTI yang tidak akan dijaja oleh mana-mana puak pembangkang termasuklah para peguam yang menyokong mereka dalam mana-mana pentas dan platform sekalipun.

Kerana itu maka muncullah pula gerakan untuk mendesak PM meletakkan jawatan ! Ehh apa kena mengena PM dalam isu ni ??? Hahahaha semua tu adalah gerakan "camourflage" untuk menutup bau busuk dalam pembangkang sendiri.

Pembangkang tahu semua perkara diatas hanya akan menyebabkan mereka hilang kepercayaan rakyat dan jika itu berlaku Pakatan Haprak bakal tenggelam.

RAKYAT patut SEDAR bahawa peguam pro pembangkang sudah pun GAGAL !

GAGAL untuk mempertahankan seorang PELIWAT !!!!! 

So Christopher Leong lu tunggu apa lagi ????? 

SILA LETAK JAWATAN !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels