Hati-hati mereka sentiasa memantau disebalik tingkap dan pintu untuk mencari peluang ! |
Keputusan sudah di buat bahawa kekosongan kerusi DUN Chempaka yang dtinggalkan oleh Allahyarham Datuk Nik Aziz tidak akan ditandingi oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Seharusnya tidak timbul sebarang isu memandangkan alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan UMNO cukup relevan.
Rakyat Di Dahulukan !
Tumpuan akan diberikan kepada kerja-kerja membina rumah kediaman , penyediaan infrastruktur dan pembangunan semula bagi kawasan yang terjejas.
Semua ini akan berlaku dengan kerjasama erat diantara kerajaan negeri Kelantan dan juga kerajaan pusat hasil daripada kesinambungan kerjasama di waktu misi membantu dan menyelamat mangsa banjir baru-baru ini.
Amat baik dan dalam masa yang sama ia turut menjadi platform kepada semua pihak untuk menghormati pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz yang banyak berjasa di kawasan terbabit sejak lebih dari 20 tahun yang lalu.
Persoalannya apa lagi yang nak di bisingkan ?
Jika merujuk kepada keputusan pihak UMNO , maka jelas wakil daripada Pakatan Haprak iaitu PAS sebagai penyandang kerusi disitu akan kekal serta meneruskan kesinambungan perjuangan PAS dan Pakatan Haprak selama ini.
Kenapa seolah-olah bimbang ?
Dengan beberapa isu dan senario terkini , rasanya keadaan belum lagi selesa.Maksudnya walaupun kerusi Chempaka sudah boleh dikatakan sah milik PAS , selagi keputusan tidak disahkan oleh SPR maka macam-macam kebarangkalian boleh berlaku.
Pakatan Haprak iaitu DAP dan PKR sebenarnya amat bimbang dengan situasi yang tidak mesra Pakatan Haprak sejak akhir-akhir ini khususnya melibatkan PAS.Walaupun DAP masih lagi mampu terus mengkhayalkan puak-puak PAS ianya tidak lagi sama seperti mana sebelumnya.
Sudah ada ahli PAS sendiri yang mula berfikir secara waras dan meletakkan keutamaan pembangunan ummah sebagai perkara pokok yang harus diberikan sokongan.Kerjasama diwaktu bencana begitu jelas memperlihatkan betapa 2 gergasi umat Melayu ini MAMPU duduk semeja seterusnya berganding bahu dalam membawa kebaikkan khususnya kepada rakyat dan agama Islam itu sendiri.
DAP begitu bimbang sekali kerana mereka tahu jika kerjasama itu wujud , maka Pakatan Haprak tidak akan mampu bangkit waima Anwar Ibrahim di BEBASkan sekalipun !
Keretakan yang berlaku dalam Pakatan Haprak kemudiannya disusuli pula dengan suasana panas dalam kem PAS sendiri akibat kemunculan PASMA sudah cukup untuk menyedarkan DAP malah mungkin PKR bahawa sesuatu boleh berlaku !
Suara DAP yang dulunya dianggap KERAMAT sehingga puak PAS sanggup di macaikan kini tidak lagi sehebat dulu.
Kerana itu kita perlu berhati-hati !
Sudah ada BUNYI yang mula melalak keserata pelusuk negara kononnya UMNO walaupun tidak akan meletakkan calon mereka di DUN Chempaka , tetapi secara diam-diam telah menaja calon BEBAS untuk bertanding.
Satu gerakan yang cukup membahayakan kerana jika usaha terdesak ini berjaya memaku minda rakyat maka hubungan antara PAS dan UMNO bakal kembali renggang ! Itulah yang dimahukan oleh DAP dan PKR untuk melihat hubungan yang wujud itu segera dimusnahkan demi kepentingan dan ideologi politik songsang mereka.
Dalam pada itu kita jangan sesekali lupa bahawa kehadiran PASMA juga sebenarnya mampu menggugat kedudukan PAS khususnya di kerusi Chempaka.
Menurut sumber semalam beberapa orang pemimpin PASMA telah datang ke pejabat SPR di Putrajaya. Spekulasi menyatakan PASMA telah mendaftarkan logo mereka sebagai persediaan untuk pertandingan di DUN Chempaka.
Walaupun ianya sekadar spekulasi , sesuatu yang harus kita berikan tumpuan adalah pada ketika ada pihak sedang berusaha untuk memburukkan UMNO dengan mengaitkan parti itu sebagai penaja kepada calon BEBAS , PASMA pula boleh menyusun gerakan diam-diam seolah-olah persediaan untuk masuk gelanggang.
Mungkin akan ada yang kata MUSTAHIL tetapi secara logiknya MMI rasa ianya boleh berlaku !!!!
Maka disini jelas , mungkin sebahagian kita merasakan keputusan UMNO tidak bertanding di Chempaka sebagai satu keputusan yang baik , tetapi jangan lupa ada sebahagian lagi yang menganggap ianya satu kerugian kerana PAS dan UMNO tidak akan bertembung !
Pertembungan ini amat penting kepada mereka yang sedang mengintai kerana ia akan mengakibatkan 2 kelompok orang Melayu berbalah , perbalahan demi perbalahan yang boleh mengakibatkan matlamat untuk membantu warga Kelantan yang ditimpa musibah banjir tidak kesampaian.
Jika itu berlaku siapakah yang bakal mendapat keuntungan politik ? jawab sendiri !!!
Dan pastinya segelintir lagi Melayu akan terus dipergunakan iaitu PASMA dan jika mereka sanggup melangkah sampai ke tahap itu (bertanding di DUN Chempaka) maka pertembungan PAS dan PASMA di bumi Chempaka WAJIB dijadikan sebagai alasan untuk PAS segera memikirkan alternatif lain sama ada berdiri atas kaki sendiri atau bekerjasama dengan rakan yang sentiasa menghulurkan bantuan walaupun selama ini di hina , di keji , di cerca , malah pernah di CELAKAKAN dalam doa puak-puak PAS sendiri !!!
INGAT mereka sentiasa mengintai melalui celah-celah pintu dan tingkap ... Fikirlah baik-baik !!
MMI
No comments:
Post a Comment