Followers

Saturday 28 February 2015

Ugutan Bunuh Ketua Polis Negara - PDRM TEGAS !!!

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata selain itu, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam ugutan berkenaan.

"Kita dalam proses mengenal pasti blok-blok (pihak) yang terlibat membuat ugutan ini dan kita klasifikasikan kes ini sebagai satu kes ugutan jenayah," katanya.

"Kita telah memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (untuk kenal pasti individu terlibat). Macam-macam boleh berlaku sebab dalam alam maya ini, pelayan (server) dia mungkin berada di luar negara," katanya.

Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan keretanya.

Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) dengan seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.Bernama 

TAHNIAH PDRM ! Ketegasan sebeginilah yang rakyat nak tengok , kekalkan momentum kerana banjingan-banjingan ini tidak boleh diberikan ruang untuk bergerak waima seinci pun.Percayalah rakyat sentiasa di belakang PDRM !!

Tangkap & usir mereka dari bumi Malaysia !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels